BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fazziq Muqris sah bergelar suami pempengaruh

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
WhatsApp-Image-2025-11-22-at-12.06.43-PM.jpeg

Fazziq Muqris sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Sharifah Areeqa, selepas akad nikah disempurnakan pagi tadi.

Fazziq Muqris sah bergelar suami pempengaruh" PETALING JAYA – Pelakon dan penyampai radio, Fazziq Muqris sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Sharifah Areeqa, selepas akad nikah disempurnakan pagi tadi.

Majlis serba indah tersebut diwalikan bapa pengantin perempuan sebelum Fazziq atau nama sebenarnya Muhammad Fazziq Muqris Mohd Shariff, 25, menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 sebagai tanda sah ikatan.

Upacara penuh harmoni itu turut disiarkan secara langsung dalam Instagram Era FM, sekali gus memberi peluang peminat menyaksikan detik penting pasangan muda itu.

Pelakon drama Project: High Council itu tampil segak dalam persalinan baju Melayu putih lengkap bersampin dan bersongkok, manakala Areeqa memukau dengan busana kelabu lembut menyerlahkan seri pengantin.

Areeqa, seorang pempengaruh, mula berkenalan dengan Fazziq pada 2019 dan hubungan mereka berkembang secara perlahan tanpa banyak publisiti.

Terdahulu, Fazziq pernah berkongsi foto pra-perkahwinan namun memilih tidak mendedahkan identiti bakal isterinya bagi menjaga privasi hubungan.

Sebaik video akad nikah dikongsi, ruangan komen dipenuhi doa serta ucapan tahniah daripada peminat, rakan sekerja dan artis tempatan.

Untuk rekod, pasangan tersebut telah mengikat tali pertunangan sejak setahun lalu sebelum mengesahkan hubungan mereka secara terbuka baru-baru ini. — KOSMO! ONLINE
==============================
Seronok tengok Fazziq dah jadi suami Areeqa! Ingat zaman dulu, faz selalu sibuk2 simpan rahsia tu. Haha! Btw, tengok IG dia macam makin bahagia sekarang lepas kahwin. Harap bahagia je dorg ni!

 
Back
Top
Log in Register