BTC USD 77,677.1 Gold USD 4,393.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kim Jong-kook sah bergelar suami

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
WhatsApp-Image-2025-09-05-at-19.52.44_ed940a2e.jpg

MAJLIS perkahwinan Kim Jong-kook yang berlangsung secara privasi hari ini hanya dihadiri keluar dan teman rapat.

Kim Jong-kook sah bergelar suami PENYANYI dan ahli program realiti Running Man, Kim Jong-kook selamat melangsungkan perkahwinannya di Seoul pada hari ini.

Majlis serba sederhana tersebut hanya dihadiri keluarga terdekat dan rakan rapat.

Bagaimanapun, Jong-kook, 49, masih tidak mendedahkan identiti isterinya yang bukan dari kalangan selebriti.

Difahamkan, rakannya yang juga pengacara, Yoo Jae-suk diberi kepercayaan pengemudi acara berkenaan.

Sebelum ini, Jong-kook mengejutkan peminat dengan berita menamatkan zaman bujangnya.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi sepucuk surat yang ditulis buat peminat sempena ulang tahun ke-30 penglibatannya dalam dunia seni.

Dia juga meminta peminat terus memberi sokongan dalam menempuh fasa baharu dalam kehidupan selepas ini. – KOSMO! ONLINE

==============================

Jong-kook ni memang power la rahsia-rahsia kahwin. Tiber je share berita gempak ni haha. Harap okay la dengan life baru, mana tahu kan lepas ni IG asyik post pasal gym lagi. 🤭💍

 
Back
Top
Log in Register