BTC USD 84,573.8 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Niat

suhimi

Fun Poster
Messages
214
Joined
Jan 15, 2011
Messages
214
Reaction score
0
Points
10
Perlukah kita mmbaca shj aku solat fardu zohor 4 rakaat krn Allah taala (bhsa arab x reti nak tulis) atau terus sj bertakbir Allahuakbar ketika nak solat?
 
Perlukah kita mmbaca shj aku solat fardu zohor 4 rakaat krn Allah taala (bhsa arab x reti nak tulis) atau terus sj bertakbir Allahuakbar ketika nak solat?

Yang dibirukan perlu dibaca di dalam hati (inilah niat) ketika mengangkat takbir (RUKUN SOLAT) bukan dibaca sebelum atau selepas takbir.
 
niat yg aku faham adalah 'lintasan hati'..apa yg terlintas di hati kita,tu niat.niat nk solat tak perlu dilafazkan..takbir adalah rukun solat,kene lafazkan

dan ada juga yg aku pernah dgr,xperlu dinyatakan berapa rakaat solat sbb mmg subuh 2rakaat, zuhur,asar n isyak 4rakaat n maghrib 3rakaat. cukup sekadar niat 'sahaja aku solat subuh kerana Allah taala'

betulakan aku kalau silap..
 
andaikan diri kita ni org arab..dan kita xtau bhasa melayu yg kna diniatkan dlm hati tu? ke kita kna blajar bhasa melayu?

niat kita dlm solat tu antara kita dgn Allah je..Allah Maha Mengetahui..dlu ustaz ak ckp cukup niat dlm bhasa arab dan kita paham ape yg kita baca tu

sbb tu bkn stakat niat je kna paham..sume surah2 dlm solat tu kna la tau gak pe mknanye..at least pe kisah surah tu klo xbole terjemah satu2 ayat..wallahualam
 
niat la bahasa apa pon..Allah tahu semua.Allah Maha Mengetahui..
 
kalau membunuh dengan niat?kena lafas niat juga ka?.. :-?:-?:-?

macam mana hakim nak jatuhkan hukuman atas seksyen 302 kalau pesalah tu tak lafaz niat walhal pesalah tu datang dengan parang dan terus tetak si mangsa sampai mati...

paham ker apa yang saya taip ni.. ~X(~X(~X(
 
WAKTU BERNIAT:
Para ulama berbeza pandangan dalam hukum sama ada wajib niat beserta takbiratulihram atau dibenarkan awal sedikit. Makan Imam Abu Hanifah dan mazhab Hanbali mengatakan harus niat terdahulu sedikit daripada takbiratulihram, tetapi mazhab Syafi'i dan Maliki mewajibkan niat agar serentak dengan takbiratulihram.

MASALAH NIAT SECARA BERLAFAZ:
Niat adalah amalan dalam hati, demikian disebut secara ijmak, dan tidak cukup niat jika apa yang hadir di hati berbeza dengan apa yang dilafazkan. Jika di hati benar, maka sekalipun lafaz tersilap, ia tidak memudaratkan solat. Tetapi jika perkara yang sebaliknya berlaku maka ia akan memudaratkan solat.
Berkata ulama mazhab Syafi'i, "berlafaz niat tidak mengapa, bahkan ia disunatkan bertujuan untuk membantu hadir hati, dan sekiranya ditinggalkan lafaz, maka solat adalah sah".

KESIMPULAN:
Bagi sesiapa yang tidak dganggu perasaan waswas, maka amalan yang paling baik ialah memulakan solat tanpa niat secara berlafaz kerana tiada sebarang dalil yang menyebut demikian. Lalu ia terkeluar daripada khilaf yang mengatakan tentang berlafaz ini lebih baik.

Bagi individu yang mempunyai masalah sukar hadir hati untuk niat, bolehlah mereka melafazkan niat sekiranya diyakini ia dapat membantu hadir hati dan bukannya menambahkan waswas. Wallahualam.

Buku Rujukan: Formula Solat Sempurna. -Us Zaharuddin Abd Rahman
 
saye pernah terbace kat forum omputih, tak perlu lafaz niat, cukup dengan lintasan niat di hati

lagipun kdg2 waktu lafaz niat kite pernah was2 betul ke niat kite tu... jadi kesimpulannya, tak payah la lafaz niat sebab setan suke kite was2 dan Rasulullah s.a.w pun tak pernah lafaz niat(betulkan kalau silap)
 
Back
Top
Log in Register