BTC USD 60,786.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Niat baik tak dibalas baik

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,258
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,258
Reaction score
1,663
Points
201
Niat baik tak dibalas baik
FB_IMG_1651808657933.jpg
FB_IMG_1651808659616.jpg
FB_IMG_1651808661153.jpg

Kota Tinggi: Niat baik pemilik rumah membenarkan seorang lelaki memasuki rumah untuk minum air mendatangkan masalah apabila lelaki berkenaan bertindak agresif dan mencederakan dua ahli keluarga.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata, dalam kejadian pagi semalam, rumah mangsa di Felda Bukit Easter didatangi lelaki tidak dikenali.

Beliau berkata, lelaki berkenaan meminta air untuk minum dan menyatakan mahu menggunakan tandas.

Menurutnya, pemilik rumah yang membenarkan lelaki itu untuk menggunakan tandas terkilan apabila dia cuba memasuki bilik tidur ahli keluarga.

Katanya, ketika cuba menghalang perbuatan berkenaan, suspek bersikap agresif dan mencederakan dua penghuni rumah berkenaan menggunakan parang.

"Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan di bahagian pesakit luar sebuah hospital berhampiran.

"Suspek juga mengalami kecederaan apabila penduduk kampung mengambil tindakan sebelum diserahkan kepada polis.

"Suspek turut dirujuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan," katanya.

Hussin berkata, suspek didapati dalam dalam keadaan khayal iaitu dipercayai di bawah pengaruh dadah.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, tiada unsur samun dan suspek yang 30 tahun didapati menggunakan parang milik pemilik rumah berkenaan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata tajam (parang).

"Kami menasihati orang ramai supaya menghubungi balai polis berhampiran sekiranya ada individu tidak dikenali berlegar-legar di kawasan perumahan dan dalam keadaan mencurigakan.

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak bertindak sendiri dan mematuhi undang-undang ditetapkan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Gambar Media sosial
 
Dpt bedal ngn kayu beluti sedap ni x pun getah paip..
 
hati-hati lain kali. orang normal payah nak minta izin guna bilik air atau mintak minum air.
 
Betul, kita kena syg2 pencuri,penceroboh, bagi makan dan minum pastikan dia selesa kemudian serah kepada polis...

hahaha. padan la kena ikat camtu. dia cuba nak rampas parang.
 
Back
Top
Log in Register