BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RIUH Raya Baik-Baik 2026 Perkukuh Produk, Rekaan Tempatan Menjelang Aidilfitri - Fahmi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,774
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,774
Reaction score
289
Points
146
ba8727f8571f0ca3f094ce03ac17c47c69a1bdc124c21

f13fc17218d351b5d28e6bf0e38664c869a1bdd661edf

3ee7cb31f352e3c23f52fd3db616a9d469a1be232ee39

Suasana di Festival Riuh Raya Baik-Baik yang menghimpunkan produk serta rekaan tempatan di bawah satu bumbung bersempena dengan Aidilfitri di Plaza Raintree, Tun Razak Exchange (TRX).

Program RIUH Raya Baik-Baik 2026 yang bermula dari 25 Feb hingga 1 Mac ini menjadi platform memperkukuh produk dan rekaan tempatan menjelang Aidilfitri, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata program itu menghimpunkan 73 jenama termasuk lebih 20 yang menyertai RIUH buat kali pertama, dengan pelbagai pengisian melibatkan produk pakaian, makanan dan minuman, persembahan serta bengkel kraf tangan.

“…kali ini ada lebih 20 jenama yang diperagakan menyertai RIUH untuk kali pertama, jadi bukan semua sama tetapi saya telah minta supaya pasukan RIUH mengenal pasti jenama-jenama baharu untuk kita bawa ke khalayak umum.

“Saya sangat berbangga kerana semua produk yang ditunjukkan adalah hasil idea kreatif anak-anak Malaysia,” katanya selepas melawat Program RIUH Raya Baik-Baik 2026 di Raintree Plaza @TRX di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nu-rul Afida Kamaludin dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative Ventures Zainol Haqim Zainol Rashid.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata penganjuran program oleh MyCreative Ventures itu membuktikan komitmen berterusan Kementerian Komunikasi dalam mengangkat idea kreatif anak tempatan ke platform arus perdana.

Beliau berkata program itu turut menyasarkan kehadiran 60,000 pengunjung sepanjang lima hari penganjurannya terutama pada hujung minggu.

“… kita jangkakan biasanya hari Sabtu dan Ahad memang insya-Allah akan ramai... jadi, kita jemput semua untuk datang... ada macam-macam yang boleh kita saksikan dan juga beli... jadi, siapa yang belum beli baju raya ataupun nak macam-macam produk boleh datang ke sini,” katanya.

RIUH Raya Baik-Baik 2026, yang bertemakan “Kampung Kita” berlangsung selama 12 jam setiap hari, dari 3 petang hingga 3 pagi sekali gus memberi peluang kepada pengunjung membeli-belah dalam suasana lebih santai pada waktu malam.

 
Back
Top
Log in Register