BTC USD 83,981.1 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

3b061b1a0fb3709429301111db70d0085f6de349b9638


Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi berikutan kalangan pelabur menunggu keputusan berhubung kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) yang dijadualkan diumumkan lewat hari ini.

Kontrak September 2025 menokok kepada US$3,675.20 setiap auns troy daripada US$3,653.60 ketika ditutup pada Jumaat.

Pasaran ditutup pada Isnin dan Selasa berikutan cuti sambutan Hari Malaysia.

Sementara itu, kontrak Oktober 2025 naik kepada US$3,692.0 setiap auns troy daripada US$3,670.90 minggu lepas, manakala November 2025 meningkat kepada US$3,708.80 daripada  US$3,687.70.

Jumlah dagangan susut kepada 175 lot daripada 315 lot semalam, manakala kepentingan terbuka turun kepada 225 kontrak daripada 361 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal berharga US$3,695.40 setiap auns troy berdasarkan penetapan London Bullion Market Association pada 16 Sept, 2025.

 
Back
Top
Log in Register