BTC USD 84,053.8 Gold USD 4,293.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

7dc1ebd010dcc4e3d720c89266a5e17560a336af28e5c


Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat susulan aktiviti pengambilan untung,

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta baharu Oktober 2025 merosot kepada AS$3,872.8 setiap auns troy daripada AS$3,890 ketika ditutup pada Khamis, November 2025 turun kepada AS$3,891.0 setiap auns troy daripada AS$3,908.2 semalam, manakala Disember 2025 merosot kepada AS$3,905.9 setiap auns troy daripada AS$3,923.5.

Sementara itu, kontrak Januari 2026 menguncup kepada AS$3,922.9 setiap auns troy daripada AS$3,940.5 semalam manakala Febuari 2026, April 2026 dan Jun 2026 masing-masing berkurangan kepada AS$3,939.8 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan merosot kepada 212 lot daripada 362 lot semalam manakala kepentingan terbuka turun kepada 259 kontrak daripada 420 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal berada pada AS$3,878.10 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 2 Oktober, 2025.

 
Back
Top
Log in Register