BTC USD 84,204.3 Gold USD 4,270.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

d0f2b692d98ba211a0e2313b4c8befa167b08c7d9bcfb


Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan penurunan dan ditutup lebih rendah pada Khamis, menjejaki pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX Amerika Syarikat (AS)) yang lemah dan disokong oleh pengukuhan dolar AS.

Pada penutup dagangan, kontrak September 2025 turun kepada US$3,625.70 setiap auns troy daripada US$3,654.90 setiap auns troy ketika ditutup pada Rabu.

Kontrak Oktober 2025 menyusut kepada US$3,641.60 setiap auns troy daripada US$3,670.80 setiap auns troy manakala kontrak November 2025 berkurang kepada US$3,658.40 setiap auns troy daripada US$3,687.60 setiap auns troy.

Sementara itu, kontrak Disember 2025, Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup lebih rendah pada US$3,680.30 setiap auns troy daripada US$3,709.50 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan menokok kepada 273 lot daripada 216 lot semalam manakala kepentingan terbuka naik kepada 322 kontrak daripada 274 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal berada pada US$3,650.75 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 10 Sept, 2025.

 
Back
Top
Log in Register