BTC USD 82,089.1 Gold USD 4,174.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ngeri: Sushi punya pasal

huhu...aku expect citer camnie dtg dari jepun...china pulak
 
betol ke sampai kt badan2 pun ada. bukan dlm perut je ke
 
gile banyak..
geli plak rasa..
 
orang2 tua sini, sila makan la ubat cacing setahun sekali, jangkitan cacing tak kira tua muda :)
 
xray boleh nampak cacing ke? macam tipu je
 
Foto cacing biak dalam badan peminat sashimi.

Guangzhou: Ia antara makanan sushi yang paling mahal dan tidak boleh dinafikan memang sedap.

Tetapi minat seorang lelaki terhadap sashimi hampir membunuhnya selepas cacing pita membiak dalam tubuhnya.

Pada awalnya, lelaki warga China itu mengadu kepada doktor dia sakit perut dan gatal kulit.

Hasil ujian imbasan mendapati dalam badannya dipenuhi cacing itu akibat terlalu banyak makan shashimi - kepingan ikan mentah.

Doktor percaya sebahagian sashimi yang dimakannya itu sudah tercemar.

Jangkitan seperti ini timbul selepas pesakit makan larva diphyllobothrium yang hidup dalam ikan seperti salmon. Walaupun ikan diperap, ia masih boleh memindahkan cacing ke pesakit.

Kes seperti ini sering berlaku di kawasan mundur yang mempunyai tahap kebersihan yang rendah, namun ia masih boleh berlaku di negara maju.

Dr Yin dari Hospital Guangzhou berkata, jangkitan seperti ini mengancam nyawa apabila ia sampai dan membiak hingga ke otak. - Agensi

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Cacingbiakdalambadanpeminatsashimi/Article/index_html

UJIAN imbasan mendapati cacing pita membiak di dalam badan lelaki kesan daripada makan sashimi yang tercemar


pix_gal1
 
Pernah makan...

Kena stop la makan...

Baru je minat dgn sushi...
 
Back
Top
Log in Register