lempeng
Fun Poster
- Messages
- 895
- Joined
- Dec 16, 2005
- Messages
- 895
- Reaction score
- 145
- Points
- 23
Tanggal 25 Ogos 2022, hari yang Clifford Pirch takkan lupa seumur hidupnya - seorang lelaki mati atas bot dia.
Pirch, 47, dari Payson, Arizona, berharap untuk berjaya melepasi tahap kelayakan pada Hari Kedua dalam kejohanan Elite hujung musim dekat Sungai Mississippi, tapi hari tu bertukar jadi satu tragedi yang mencemaskan serta ngeri.
Ada seorang lelaki yang tak dikenali masuk dalam air, mengharung sungai dan ikut bot dia. Pirch tak sedap hati - dia rasa lelaki tu ada niat tak baik. Sebelum apa-apa jadi dia cuba jauhkan diri dari ancaman lelaki tersebut. tapi lepas tu keadaan bertukar jadi satu usaha untuk selamatkan nyawa lelaki tu pula. Kejadian ni buat Pirch agak trauma dan dia jadi sedikit gementar masa cerita balik insiden tersebut.
..........................
“Gila lah,” kata dia. “Memang bukan sebarang cerita yang boleh direka-reka.”
Pada mulanya, Pirch ingat lelaki tu hanya berminat nak tengok-tengok bot dia yang dibalut tu atau mungkin nak pergi berenang.
“Hai, apa khabar?” sapa Pirch, tapi lelaki tu tak jawab. Senyuman pelik dia buat Pirch terfikir, "Aduhai, dia ni ada masalah mental ke…atau tengah high?"
“Saya baru je dapat ikan besar, mesti lah teruja sebab pancingan mula mendatangkan hasil yang baik. Tapi masa tu baru terperasan ada benda yang tak kena,” kata Pirch.
Pirch berharap dapat baiki kedudukannya dari tempat ke-69 pada Hari Pertama tu supaya dia boleh melayakkan diri ke Akademi Sukan dan Aktiviti Luar Bassmaster Classic di bawah tajaan Toyota. Tapi perhatian dia jadi terganggu bila lelaki tu semakin dekat, dari jarak 60 kaki ke 20 kaki je.
“‘Eh bro, amacam berenang, ok ke?’” tanya Pirch.
“Lelaki tu pandang je saya sambil senyum pelik dan jawab, ‘Best jugak.’ Nada suara dia mendatar, sambil matanya tak lepas pandang saya. Dia nampak bersungguh betul nak mendekati bot kami” kata Pirch.
Lepas lelaki tu hampir sampai belakang bot, Pirch terus naikkan kelajuan motor trolling Ghost dia.
“‘Weh bro, kau ok ke?’” tanya Pirch lagi untuk cuba faham apa niat lelaki tu.
“Lepas tu dia macam nak lompat masuk ke dalam bot kami, tapi saya lari jauh dengan motor trolling.”
Lelaki tu berenang mengejar bot mereka untuk beberapa ketika sebelum akhirnya berhenti. Pirch rasa mungkin lelaki tu dah penat, tapi lepas tu lelaki tu hilang dalam air lebih kurang 30 saat, sebelum timbul semula dengan hanya mata dia je nampak.
“Hidung dia bawah air, dan dia cuma tengok je saya. Dia tak menggelupur pun dalam air,” kata Pirch. “Lepas tu dia hilang bawah air lagi sekali.”
“Saya terfikir, ‘Harap dia ok. Aku tak tahu apakah erti semuanya ini, tapi elok aku patah balik,” kata Pirch. Dia pergi ke tempat lelaki tu berada. Lelaki tu masih dalam air. Pirch boleh nampak atas kepala dia, rambut dia bergerak ikut arus. “Takkan lupa.”
Manakala Marshal Pirch pula sahkan yang kesangsian dia memang berasas sebab Marshal tu ada nampak lelaki tu kutip batu sebelum kejar bot mereka dari mula. Pirch pun rasa berbelah bagi nak selamatkan dia ke tidak.
“Rasa macam dalam filem seram pulak dah – ye lah, kena buat keputusan sama ada nak tarik dia naik... atau dia yang akan tarik saya lepas tu serang dan tikam saya,” kata Pirch.
“Saya tak tahu apa lelaki tu nak buat sebenarnya.”
Pirch tahu macam mana pun dia kena bantu. Dia tarik lelaki tu dan baru perasan situasinya kritikal sebab mulutnya dah berbuih. Bila lemas, air yang masuk bercampur dengan mukus dalam paru-paru dan udara akan jadi buih. Pirch cuba naikkan lelaki tu atas bot sementara Marshal call 911.
“Saya cuba kejutkan dia. Dah angkat separuh badan dia atas dek belakang. Saya tampar belakang dia. ‘Hei! Hei!’” kata Pirch, yang masa tu disuruh oleh dispatcher untuk baringkan dia.
“Saya baringkan dia – tengok-tengok usus semua keluar dari perut dia,” kata Pirch. “Ada luka besar dekat perut dia. Zip yang digunakan untuk tutup dan cantum luka pada perutnya dah terbuka. Nampak teruk. Dek belakang bot saya dah macam zon perang.”
Lepas beri koordinat, dispatcher suruh mereka jumpa pihak berkuasa di dermaga berhampiran. Bila sampai, paramedik terus naik atas bot dan segera rawat lelaki tu.
“Masa tu keadaannya nampak teruk. Entah-entah dia dah mati,” kata Pirch.
“Lelaki tu meninggal atas bot saya. Saya rasa dia bukan lemas. Saya rasa jantung dia berhenti, atau overdose dadah. Saya tak pasti sangat apa sebenarnya yang terjadi.”
Pirch masih berada dalam keadaan terkejut ketika menceritakan kejadian tu pada pihak polis. Selepas itu polis suruh dia balik ke tempat kejadian untuk beri butiran untuk laporan mereka. Mereka tanya kalau CCTV pada bot dia ada rakam kejadian tu dan "lebih kurang 10 soalan lain yang saya tak nak cakap."
Pirch dah maklumkan pada pihak kejohanan pasal situasi dia dan bagitau yang dia tak dapat nak hadir masa sesi timbang ikan nanti. Bila dilepaskan oleh polis, Pirch pergi ke car wash untuk cuci bot, dan semua kejadian tu masih terbayang dalam kepalanya.
Bila Pirch cuba fahamkan logika kejadian tu, dia hubungi polis semula. Pirch dapat tahu rupanya polis pun kenal lelaki tu – dia ada kes sebelum ni di La Crosse. Betullah firasat Pirch, lelaki tu memang berbahaya.
“Luka kat perut dia tu dia dapat masa serang anggota polis dekat Chicago, cuba korek mata polis tu sampai polis tu tembak dia,” kata Pirch.
“Dia kena tembak, dan apa yang doktor buat untuk sambung balik perut dia, dah rosak.”
“Polis cakap, ‘Dah betul lah tu awak ambik tindakan berjaga-jaga sebab besar kemungkinan dia nak serang awak.’”
Ini buat Pirch tertanya-tanya kenapa lelaki tu tak kena sumbat dalam penjara ke apa ke sebelum ni. Dia ingat lagi, dekat dengan tempat lelaki tu masuk sungai, ada dua orang wanita di tebing sungai. Seorang dalam kerusi roda dan seorang lagi tengah tolak anak dalam stroller, dan dia rasa lebih baik lelaki tu cuba serang dia daripada mereka.
Masa dia balik ke tempat kejadian untuk beri butiran pada polis, Pirch nampak ikan terlompat-lompat dan tahu dia ada peluang nak baiki kedudukan.
Pada awal Hari Kedua kejohanan, dia berada dalam kedudukan ke-84 tapi jatuh 13 anak tangga dan dapat tempat ke-97 dalam Bassmaster Angler of the Year. Namun, dia masih layak untuk Classic minggu itu.
Pirch pernah dapat tempat ke-18 dalam Classic 2019 iaitu peserta kelima terbaik antara 11 pemancing yang kembali bertanding tahun tu.
Dalam Elite 2021 dekat Knoxville pulak, dia dapat tempat ke-24.
Dan sebagai pemenang tiga kali U.S. Opens, Pirch teruja dapat peluang menang Classic.
“Syukur dapat datang sini,” kata Pirch. “Saya terlepas dua tahun terakhir. Saya pernah buat tujuh tahun berturut-turut, tapi lepas tu agak susah. Saya dah bersedia nak menang besar lagi.”
Mungkin boleh lupakan kenangan hari tu. Pirch menambah bahawa paramedik dan orang yang kerjaya macam tu dah selalu tengok benda yang lebih teruk setiap hari. Dia juga kenal pemancing yang pernah jumpa mangsa lemas, tapi dia tak sangka dia akan alami sendiri kejadian ngeri macam ni.
“Saya takkan lupa muka lelaki tu, senyuman pelik dia dan pandangan mata dia yang semacam,” kata Pirch. “Itu adalah kali terakhir dia hidup. Memang saat yang genting betul masa tu.”
:::::::::::::::::https://www.bassmaster.com/bassmast...h-still-trying-to-make-sense-of-grisly-event/