BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nenek dipenjara dua tahun

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR - Seorang nenek menangis teresak-esak sambil menutup mukanya dengan tangan selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana sukarela melakukan pengguguran haram terhadap seorang wanita Indonesia hamil tiga bulan sehingga maut tahun lalu.

Hukuman terhadap Wong Ah Kean, 62, itu mengenepikan hukuman denda RM6,000 yang diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen, Fathiyah Idris di sini pada 24 September 2008 setelah dia mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan.

Fathiyah turut memerintahkan tertuduh yang juga bekas pembantu klinik dan berpengalaman dalam sakit puan sejak 1985 menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Hukuman penjara yang diperintahkan bermula semalam itu bagaimanapun ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai dan tertuduh yang hadir bersama ahli keluarga dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000.

Ah Kean yang diwakili peguam bela, Francis Goh didakwa secara sukarela menggugurkan kandungan dengan niat menyebabkan keguguran terhadap Fitriani, 27, di klinik Sui On Medical Hall, 84-B, Jalan Hang Kasturi di sini pada pukul 11 pagi 15 Julai 2007.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asmad Ahmad mengikut Seksyen 312 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Ketika membacakan penghakimannya, Pesuruhjaya Kehakiman, Zainal Abidin Abdul Aziz berkata, beliau mengambil kira tiga faktor ketika menjatuhkan hukuman antaranya tahap profesionalisme tertuduh dalam pengguguran janin.

"Walaupun tertuduh bekerja sebagai pembantu klinik namun dia tiada kepakaran. Tertuduh juga melakukan perbuatan itu semata-mata kerana kewangan sehingga sanggup mengambil risiko menggugurkan janin yang telah berusia tiga bulan," kata beliau.

Jelas Zainal Abidin, tertuduh juga cuai kerana tidak memantau keadaan mangsa yang hanya dibiarkan dalam keadaan pendarahan daripada pukul 11 pagi sehingga pukul 5 petang hari yang sa
 
xpe.. leh jd bidan dalam penjara lak nenek ni..
 
mmg cita cita nenek ni nak jadi bidan kot masa muda dulu.:)
 
aduhaii la nenek
dah tau takde kepakaran nape la ko sanggup buat keje tu
kan dah tak pasal2 kene penjara
 
Back
Top
Log in Register