BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nelayan maut dibaham buaya

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
balacbba_1570706875.jpg

ANGGOTA polis Filipina memeriksa seekor buaya air masin sepanjang 4.9 meter (16 kaki) yang terdampar di sebuah pulau Balabac. FOTO: AFP









MANILA: Seorang nelayan ditemui mati selepas disambar seekor buaya dari sampannya ketika pulang menangkap ikan di pulau Balabac, Filipina, kata pihak berkuasa hari ini.

Mangsa yang berusia 20 tahun ditarik ke dalam air oleh buaya sebesar hampir lima meter itu ketika menaiki sampan bersama seorang rakannya semalam, kata jurucakap polis, Socrates Faltado yang dipetik AFP.

Menurutnya, penduduk menemui mayat mangsa yang berada di dalam rahang buaya sebelum menggunakan dinamit untuk membunuhnya.

Dua bulan lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun turut maut dibaham di kawasan sama, kata jurucakap majlis kerajaan, Jovic Fabello.

“Kita perlu mencari punca masalah ini yang disebabkan oleh kemusnahan habitat. Kawasan mereka hampir hilang dan tidak ada lagi makanan yang tinggal,” katanya.









sumber: https://www.hmetro.com.my/global/2019/10/505615/nelayan-maut-dibaham-buaya
 
“Kita perlu mencari punca masalah ini yang disebabkan oleh kemusnahan habitat. Kawasan mereka hampir hilang dan tidak ada lagi makanan yang tinggal,” katanya.

Apa maksud dia ni?
 
Back
Top
Log in Register