BTC USD 60,958.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nelayan main peranan penting kepada negara

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN (dua dari kiri) menyampaikan elaun sara hidup kepada seorang nelayan dalam Mesyuarat Agung Persatuan Nelayan Daerah Papar Ke-12 di Papar, Sabah, baru-baru ini.​

PAPAR 1 April – Nelayan memainkan peranan penting dalam meningkatkan pembangunan dan ekonomi industri perikanan selain membantu bekalan makanan negara sentiasa mencukupi.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, golongan tersebut wajar mendapat sokongan dan bantuan daripada kerajaan bagi memastikan kelangsungan hidup serta nasib mereka sentiasa terbela.

“Kerajaan Barisan Nasional sentiasa memberi bantuan kepada para nelayan. Apa yang dilakukan itu jelas membuktikan keprihatinan kerajaan dalam menghargai sumbangan para nelayan kepada sektor perikanan serta bekalan makanan negara.

“Bantuan ini bukan hanya dapat membantu meringankan beban keluarga tetapi diharap dapat menyuntik semangat para nelayan untuk terus berusaha gigih mencari rezeki,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Nelayan Daerah Papar Ke-12 dan Penyerahan Elaun Sara Hidup kepada nelayan kawasan itu di Dewan Masyarakat Papar, di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama Pengerusi Persatuan Nelayan negeri, Jaafar Alam dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Papar, Abu Bakar Jamil.

Dalam pada itu, Rosnah mencadangkan agar PNK daerah mempelbagaikan aktiviti ekonomi untuk manfaat ahli persatuan supaya tidak hanya bergantung kepada hasil tangkapan semata-mata.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, antara langkah yang boleh dilakukan ialah mewujudkan koperasi sendiri selain menceburi bidang perniagaan yang sesuai bagi meningkatkan sosioekonomi ahli persatuan.

Mengulas mengenai isu mengenai pelarasan Skim Insurans Keselamatan Nelayan dan baucar barangan bernilai RM100 yang masih belum diterima, beliau memberi jaminan akan mengutarakan permasalahan itu kepada menteri bertanggungjawab.
 
Back
Top
Log in Register