BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peranan Pekerja Penting Pacu Ekonomi, Pelihara Kestabilan Negara - Agong

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
c7dcade7f6b2f96703f1712ea0ba817c69f475fc15894

--kredit FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Peranan pekerja amat penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan memastikan kestabilan serta kemakmuran negara terus terpelihara walaupun berdepan cabaran ketika ini, titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah kebajikan pekerja perlu sentiasa diberi perhatian termasuk aspek keselamatan, keseimbangan kehidupan dan peluang pembangunan kerjaya supaya mereka terus berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi.

Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah turut menzahirkan ucapan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga kerja yang menjadi tulang belakang pembangunan negara.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan penghargaan atas segala pengorbanan dan dedikasi yang ditunjukkan para pekerja dalam pelbagai sektor, sama ada di peringkat awam mahupun swasta,” menurut hantaran itu.

Seri Paduka Baginda berdua juga mendoakan agar seluruh pekerja di negara ini sentiasa dilindungi serta dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan dalam menjalankan tugas masing-masing.

 
Back
Top
Log in Register