alonso
CG Hardcore Club

- Messages
- 62,527
Paid Membership
- Joined
- Mar 1, 2008
- Messages
- 62,527
- Reaction score
- 426
- Points
- 531
SUNGAI UDANG – 10 penduduk di kampung ini mampu tersenyum apabila TM Net menyerahkan netbook secara percuma kepada mereka.
Sehubungan itu, ia menjadikan Kampung Sungai Udang sebagai kampung pertama di Kawasan Seberang Perai Selatan yang menerima netbook secara percuma.
Apa yang menariknya, pemberian itu bukan hanya dilakukan kepada pelajar sahaja, malah ia turut diberikan kepada nelayan, pekerja kilang dan badan bukan kerajaan (NGO).
Pemberian itu disampaikan oleh Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman dengan kerjasama program Permuafakatan Komuniti (PPK) yang terdiri daripada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sungai Udang, Persatuan Belia Sungai Udang, Jawatankuasa Surau Sungai Udang dan Penyelaras Parlimen Nibong Tebal.
Pengerusi program Permuafakatan Komuniti, Abu Bakar Md Nor, berkata, 10 penduduk ini merupakan 10 yang terawal dalam menyerahkan borang permohonan untuk memiliki netbook secara percuma.
“Sebelum ini, kita telah edarkan 60 borang dan hari ini membuktikan bahawa, kita bukan cakap kosong. Walaupun ia diberikan secara percuma, tetapi penerima hanya perlu membayar RM38 untuk penggunaan jalur lebar.
“Baki daripada 60 itu, kita akan serahkan kemudian. Dalam pada masa yang sama, kita juga turut mengadakan PPK dengan tujuan mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat tanpa mengira fahaman politik.
“Kita mahu semuanya hidup dalam satu keluarga yang sentiasa bermuafakat untuk memastikan penduduk kampung terbela,” katanya kepada Sinar Harian.
Di samping itu, penyampaian sumbangan bakul makanan kepada warga emas juga turut diberikan, bagi menghargai jasa mereka dalam membesarkan anak-anak.