BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nelayan Dikhuatiri Hilang Jatuh Laut Di Tanjung Kubung

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
7628feb2df415ce37a326e72a66690c95e7a1027641f4


Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan yang dipercayai hilang selepas terjatuh ke laut di Tanjung Kubung di sini pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Labuan Kepten Izwanhadi Idros berkata mangsa, Rosli Awit, 49, dipercayai terjatuh dari bot dinaikinya dalam insiden yang berlaku di kedudukan 7.8 batu nautika utara Tanjung Kubung pada 8.43 pagi.

“Kru bot nelayan tersebut telah melakukan pencarian awal sebaik menyedari Rosli hilang tetapi usaha mengesan mangsa gagal,” katanya dalam satu kenyataan.

Izwanhadi berkata susulan laporan yang diterima, APMM telah menggerakkan asetnya membabitkan  Kapal Maritim (KM) Lahad Datu dan bot Penggalang 24 ke lokasi kejadian pada 12.40 tengah hari, dengan dibantu aset Pasukan Polis Marin iaitu PSC 1 bagi mempergiatkan operasi pencarian.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu diminta untuk menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di 087-427999 atau di talian kecemasan 999 bagi membantu usaha mengesan mangsa.

 
Gambar di artikel ni tak senonoh la. Tangan org lemas. Pas ni kalau org accident di jalan raya nak tunjuk tgn terangkat nak cuba mengelak kena langgar jugak ke? Kalau org mati kebakaran nak tunjuk tangan terangkat ngan latarbelakang api ke?

Pas tu, nelayan nelayan Malaysia masih bekerja macam tahun 70an dan 80an. Semua naik boat kecil atau sampan yg bahaya beberapa batu je dari pantai. Patut kita dah tahun 2025, gamen cubua buat koperasi beri bot besar kerja ramai-ramai pergi laut dlm sikit yg sekarang kena pajak nelayan Indon.
 
Back
Top
Log in Register