i) bila sebut kuasa, spesifik kita sebut kuasa kewangan.
- kita nak tutup sebuah kilang multinasional, bukan kilang local. jadi, bayaran pampasan sangat tinggi.
- bukan setakat kilang, tanah pun kita kena bayar kepada pemilik kilang. kamu sendiri boleh bayangkan berapa harga tanah kat situ.
- bahkan, bukan 1 kilang je kat Selangor tu. jadi, duit kerajaan negeri masih tak mampu nak bayar semua tu. hanya bila kuasai negara dan ada akses kewangan negara, insya Allah kita mampu untuk tutup.
- dan sudah pasti nak tutup bukan tempoh yang singkat, akan ambil masa juga, namun apa yang PR boleh buat at the mean time ialah ketatkan larangan arak dengan lebih ketat lagi.
ii) boleh baca sini :
http://www.malaysiakini.com/news/153835
iii) saya tak pasti, boleh rujuk pejabat kerajaan negeri Selangor untuk maklumat yang lebih tepat. dan kamu boleh membuat aduan untuk penuhi tanggungjawab sebagai orang Islam.
iv) mari kita bicara dari sudut logik akal :
- dengan kekuatan PAS sekarang, PAS tak mampu nak melaksanakan undang-undang Islam di peringkat pusat. Namun, sekiranya PR memerintah, PAS ada harapan untuk melaksanakan HUDUD di peringkat negeri.
- dengan kekuatan PAS sekarang, PAS tak mampu nak bertanding seluruh 222 kerusi Parlimen. even UMNO pun tak mampu nak bertanding di kesemua kerusi. UMNO pun akan letak calon MCA di kawasan majoriti Cina, dan PAS akan letak calon DAP di kawasan majoriti Cina. namun begitu, usaha PAS tetap ada. sebab itu PAS tubuhkan DHPP.
- menubuhkan negara Islam masih lagi menjadi objektif pertama PAS. sekiranya masih tak mampu lagi nak capai objektif pertama, cubalah capai objektif yang kedua dan ketiga pula.
p/s : untuk menjawab soalan kamu ni, saya bawakan kisah Nabi bersatu dengan Yahudi untuk lawan Kafir Makkah yang bersatu dengan orang Islam Madinah (yang munafiq). dengan analogi yang sama, dan sekiranya saya dan kamu hidup pada zaman Nabi, apakah kamu akan tanya soalan yang sama kepada saya, "sepatutnya saya yang perlu bertanya kepada Nabi, perlukah mereka bersama2 rakan2 Yahudi dan kafir yang lain sekiranya mereka tidak memperjuangkan Islam? bagaimana saya boleh menyokong Yahudi sekiranya perjuangan mereka tidak berlandaskan islam?"
camner saya nak jawab?
takkan saya nak jawab : jangan sokong Yahudi yang bekerjasama dengan Nabi pula?
apakah kamu boleh faham point yang saya cuba sampaikan kat sini?