BTC USD 62,082.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Negara Islam lain juga guna GST

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


PUTRAJAYA - Tiada sebab untuk Pas mendakwa cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan kerajaan pada 1 April ini adalah haram di sisi Islam kerana sebanyak 169 negara di dunia, termasuk negara Islam telah mengguna pakai sistem cukai itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, selain itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga telah membuat ketetapan hukum GST adalah harus.

“Maknanya GST tidak salah, hukumnya harus. Jadi tiada masalah,” katanya pada satu sidang media, semalam.

Menganggap dakwaan itu sebahagian daripada cabaran yang perlu ditempuhi kerajaan, Hasan turut mempersoalkan tindakan Pas yang tidak pernah membangkitkan isu itu semasa GST dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen.

“(Dakwaan GST haram) ini timbul dekat-dekat (tarikh pelaksanaannya) sahaja.

“Waktu dalam Parlimen (semasa GST dibahaskan) saya hadir, tak pernah pun timbul isu ini,” katanya.

Menurutnya, GST akan tetap dilaksanakan kerana ia telah diluluskan di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta telah diwartakan.

Beliau turut meminta rakyat meyakini bahawa keputusan kerajaan untuk melaksanakan GST adalah untuk kemudahan dan kesejahteraan rakyat.

“Kita lakukan ini untuk negara kita. Apabila kutipan cukai banyak nanti, banyak lagi pembangunan fizikal kita dapat laksanakan terutama di kawasan luar bandar,” katanya.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 hingga 22 Oktober 2014 memutuskan GST adalah harus asalkan pelaksanaannya berpandukan beberapa syarat mengikut Islam.

Keputusan itu bagaimanapun dipersoal Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang menyebut GST haram dikutip kerana tidak menepati tiga syarat untuk mengharuskan cukai dalam Islam.

Katanya, tiga syarat itu ialah kerajaan benar-benar terdesak memerlukan cukai untuk menampung keperluan negara; keperluan mendesak itu berlaku bukan kerana ketirisan dan pemborosan dalam perbelanjaan; serta ia hanya boleh dikenakan kepada golongan berkemampuan yang mempunyai pendapatan melebihi keperluan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/negara-islam-lain-juga-guna-gst-1.369494
 
tu diaaa. ustaz hassan malek dah berkata kata.:))
 
tu diaaa. ustaz hassan malek dah berkata kata.:))

Apa contoh negara Islam lain yg menggunKan kaedah sistem percukaian gst nie..
X sebut pun..
Ambe nak tau gax..

** Boleh pulak guna contih negara lain..
Bila pr guna cintoh negara lain..
Disuruhnya pindah negara tu..
 
:)):))
al fadil ustaz tu...:))

ekekeke. kita iyekan jelah bro. nak buat camne, kalau al fadil sheikh hassan berkata kata. dah tinggal 14hari je pun.

nanti boleh kita nyani reramai, the final countdown. :D
 
Apa contoh negara Islam lain yg menggunKan kaedah sistem percukaian gst nie..
X sebut pun..
Ambe nak tau gax..

** Boleh pulak guna contih negara lain..
Bila pr guna cintoh negara lain..
Disuruhnya pindah negara tu..

indonesia kot. penduduk islam paling ramai, terus jadi negara islam.:))

ni negara yang takde gst/vat/cat/umeno/mca bagai bro.:))

http://gst.customs.gov.my/en/gst/Pages/gst_ci.aspx

ini link, bukan ana yang punya. kastam yang punya.:D
 
apabila Al Fadil Tuan Guru Ustaz Datuk Seri Hasan Malek berbicara.. tenang hati hamba :)) :eek:
 
Back
Top
Log in Register