BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Negara bakal hadapi krisis ekonomi

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan kebimbangannya berhubung penyusutan nilai ringgit yang akan menyebabkan kenaikan harga makanan.

Katanya, kebimbangan itu berasas memandangkan hampir 90 peratus bahan makanan asas diimport.

"Sebarang pemansuhan subsidi makanan akan menambahkan bebanan kepada rakyat yang sedang dibebani kos sara hidup.

"Tambahan pula pasaran minyak sawit mentah, getah dan timah juga telah susut secara mendadak," katanya ketika sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Selain itu, beliau menjangkakan negara bakal berdepan krisis ekonomi akibat pengurangan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa.

"Pengurangan berterusan harga minyak mentah Brent semenjak pertengahan tahun ini daripada paras USD100/bbl kepada USD65/bbl bermakna pengurangan pendapatan hampir 40 peratus daripada penjualan minyak mentah.

"Pendapatan tambahan RM25 bilion yang diumumkan di dalam Bajet 2015 baru-baru ini mungkin terpadam dan tidak mustahil dikatakan bahawa kerajaan akan menghadapi masalah untuk mengurangkan defisit negara kepada tiga peratus tahun depan," katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/anwar-negara-bakal-hadapi-krisis-ekonomi-1.341286
 
senyap je amat maslan.aku xsabar ape die nk ckp.panas btul
 
sekarang pun dah terasa dengan kenaikan harga barangan dan kenaikan kos sara hidup terutamanya dibandar2 besar keadaan akan pertambah parah selepas perlaksanaan GST nanti.
 
macai GST cukup tak suka sembang2 pasai ekonomi ni....termasuk boss mereka iaitu pak najib....DSAI ajak berdebat pasai ekonomi ajer pun....:)):)):)):))
 
Back
Top
Log in Register