BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sokongan Produk Tempatan Mampu Bantu Negara Hadapi Krisis Tenaga Global

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
68069afd895c680a61e0daf3684a657465ffbe3c69a4b

7c80fdb6c47aea1f2ba595954aede96969c73d26db033

Prof Dr Mohamad Fazli Sabri

Seruan kerajaan supaya rakyat mengutamakan barangan tempatan dilihat sebagai langkah strategik yang bukan sahaja mampu memperkukuh ekonomi domestik, malah menjadi perisai utama negara dalam menghadapi impak krisis tenaga global.

Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri berkata sokongan terhadap produk buatan Malaysia secara langsung dapat membantu syarikat tempatan mengekalkan serta meningkatkan peluang pekerjaan bagi rakyat.

“Dalam jangka masa pendek, amalan ini dapat mengurangkan tekanan terhadap imbangan dagangan dan nilai Ringgit, sekali gus meningkatkan daya tahan ekonomi negara daripada pelbagai kejutan luar,” katanya kepada Bernama.

Namun, beliau menegaskan bahawa langkah itu perlu sokongan ekosistem yang komprehensif, termasuk pemberian insentif seperti potongan cukai dan bantuan automasi kepada pengeluar tempatan bagi mengurangkan kos pengeluaran.

Mohamad Fazli turut menyarankan agar pemantauan harga diperketatkan bagi mengelakkan segelintir pihak mengambil kesempatan melakukan pencatutan atas alasan krisis global atau peningkatan permintaan terhadap produk tempatan.

Senada dengan pandangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Dr Saravanan Thambirajah berkata sokongan terhadap barangan tempatan perlu berasaskan nilai kepada pengguna dan bukannya sekadar bersandarkan sentimen semata-mata.

Saravanan berkata walaupun banyak produk tempatan kini kompetitif dari segi harga dan kualiti, pengeluar masih perlu menambah baik konsistensi dan inovasi produk agar benar-benar mampu bersaing dengan jenama import.

“Antara kebimbangan utama ialah kemungkinan kenaikan harga dan isu ketelusan. Jika kempen beli barangan tempatan disalah guna tanpa pemantauan, pengguna mungkin terpaksa membayar lebih untuk produk yang tidak setanding,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register