BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NBF Thailand Pelawa Malaysia Jalin Kerjasama Penyelidikan Biofarmaseutikal

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

NBF Thailand Pelawa Malaysia Jalin Kerjasama Penyelidikan Biofarmaseutikal​

d451a94c08c5d235effcef6a3a71e77e6a4cda51ed0c4

395954740faa978524c38fa4d3eae7f56a4cda4be207f


Kemudahan Biofarmaseutikal Kebangsaan (NBF) Thailand mempelawa agensi kerajaan, penyelidik dan institusi akademik Malaysia untuk bekerjasama dalam memperkukuh penyelidikan, inovasi dan keupayaan pembuatan biofarmaseutikal untuk manfaat rantau ASEAN.

Pemangku Pengarah NBF Dr Warinthorn Songkasiri berkata NBF komited untuk menggalakkan perkongsian strategik, yang menyokong pembangunan kepakaran saintifik, bakat berkemahiran, teknologi termaju serta keupayaan industri di seluruh rantau berkenaan.

Beliau berkata kemudahan itu berfungsi sebagai Kemudahan Keselamatan Vaksin Kebangsaan Thailand, dan ekosistem utama bagi industri biofarmaseutikal negara berkenaan, dengan misi memperkukuh keupayaan penyelidikan, pembangunan dan pembuatan selain meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi cabaran kesihatan awam pada masa hadapan.

"Selain menyokong industri domestik Thailand, kami membangunkan ekosistem biofarmaseutikal bersepadu dengan menghubungkan agensi kerajaan, institusi akademik, hospital dan sektor swasta, selain memperluas kerjasama di seluruh ASEAN," katanya pada program lawatan bersama media di NBF di sini, hari ini.

Dr Warinthorn yang juga Naib Presiden Strategi Penyelidikan di King Mongkut University of Technology Thonburi (KMUTT) berkata Malaysia mempunyai kepakaran dalam bidang penjagaan kesihatan, penyelidikan perubatan dan pendidikan tinggi, sekali gus menjadikannya rakan kongsi utama dalam memajukan pembangunan biofarmaseutikal serantau.

Dr Warinthorn berkata kerjasama itu boleh merangkumi projek penyelidikan bersama, pemindahan teknologi, pembangunan tenaga kerja, pertukaran pengetahuan serta perkongsian industri, yang bertujuan mempercepat inovasi dan meningkatkan keselamatan kesihatan.

Beliau berkata NBF menawarkan infrastruktur menyeluruh, yang meliputi setiap peringkat pembangunan biofarmaseutikal menerusi pusat kecemerlangannya, sekali gus membolehkan penyelidik dan pemain industri menterjemah penemuan saintifik kepada produk yang berdaya maju secara komersial.

Sementara itu, Naib Presiden (KMUTT) Dr Annop Nophatarana berkata NBF bukan sekadar pusat penyelidikan.

"NBF ialah infrastruktur yang menghubungkan penyelidikan saintifik dengan aplikasi industri, memperkukuh keselamatan penjagaan kesihatan, meningkatkan daya saing serta menyokong pertumbuhan mampan industri biofarmaseutikal Thailand," katanya.

 
Back
Top
Log in Register