JDKiss
Fun Poster
- Messages
- 619
- Joined
- Oct 4, 2009
- Messages
- 619
- Reaction score
- 201
- Points
- 23
ika berjumpa dengan kanak2 anggaplah dia lebih mulia dari kita,
kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita..
Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita,
kerana dia sudah lama beribadat..
Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita
kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui..
Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita,
kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan,
sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..
Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia,
kerana mungkin suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas
kesalahannya..
