eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
GOMBAK - Ia dirancang untuk dijadikan salah satu lokasi 'kubur dalam taman' di ibu kota tetapi jika dilihat keadaannya sekarang, pusara di situ saling tidak ubah macam 'kubur dalam hutan'.
Percaya atau tidak, itulah gambaran yang pasti bermain dalam fikiran sesiapa pun sekiranya mereka melihat sendiri keadaan Tanah Perkuburan Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur di sini yang terbiar.
Jika tiada papan tanda, mungkin tiada siapa sangka ia tanah perkuburan memandangkan keadaannya yang dipenuhi semak samun dan tidak terjaga - seolah-olah bertahun-tahun tiada waris si mati datang ke kubur berkenaan.
Tidak cukup dengan itu, struktur jalan masuk ke kawasan itu yang sudah rosak juga membahayakan sesiapa yang datang ke situ dan mendedahkan mereka kepada risiko tanah runtuh.
Ironinya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom sebelum ini pernah berkata, tapak perkuburan itu akan dinaik taraf melalui projek Raudhatul Sakinah yang berkonsepkan 'kubur dalam taman'.
Malah peruntukan sebanyak RM25 juta akan digunakan bagi membina tapak pengebumian, kemudahan infrastruktur dan pengurusan agar ia kelihatan lebih terurus dan sistematik.