BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Nasib kami tetap sama'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


PROGRAM catuan air secara bergilir di seluruh negeri yang dilancarkan sejak Februari lalu, bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan mendapat reaksi berbeza pengguna di negeri Selangor.

Meski ada kalangan pengguna menyambut baik pelan tindakan yang dilaksanakan kerajaan negeri itu, namun keperitan yang ditanggung tidak mampu menutup kemarahan yang tidak putus-putus disuarakan rakyat.

Selepas umum dikhabarkan tentang alternatif baru kerajaan negeri yang menggunakan kaedah pengepaman air lombong, konsep catuan masih terus perlu dilalui.

Dan sepanjang dicatu, rakyat tidak berhenti merungut kerana terpaksa berdepan masalah penerimaan bekalan air yang rendah termasuk catuan dikatalkan tidak menentu.

Ketika penghuni kediaman berdepan pelbagai kesulitan dalam menguruskan rutin harian, golongan peniaga pula runsing kerana pendapatan mereka merosot berikut kurang pelanggan atau terpaksa pula menanggung kos tambahan.

Maklumat bahawa catuan mungkin akan berlarutan hingga bulan Ramadan dan Syawal semakin menambah kebimbangan. Jika ini berlaku, bayangkan kesusahan yang bakal ditanggung.

Catuan air di Selangor terpaksa dilakukan berikutan paras air empangan terutamanya Empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus air terawat ke Lembah Klang mula menurun pada 20 Januari lalu iaitu pada tahap 68.42%.

Keadaan ini disebabkan oleh cuaca semasa yang panas dan kering serta kurangnya jumlah hujan di kawasan tadahan.

Meskipun rakyat menerima ketentuan, namun mereka memerlukan sistem perkhidmatan yang lebih adil.

Catuan yang dijangka sehingga 30 April ini masih beliau diketahui apa sudahnya. Dan sehingga kini rakyat terus berdepan dengan pelbagai kekangan.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/nasib-kami-tetap-sama-1.274831
 
seksanya tak de air ni...memang kena banyak2 bersabar dengan ujian yang menimpa ini.
 
kalau sampai bulan ramadhan pun catuan juga,tak tau le aku
 
kt selangor je masuk tv hari2.. kt johor senyap je..
 
kt selangor je masuk tv hari2.. kt johor senyap je..

kt johor senyap...mmg kesian...
kt perak pn ade hr tu..kt taiping...nasib baik dh ok blk..tp mcm biasa..senyappppppppppppppppppp:">
 
Back
Top
Log in Register