BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nasib berbeza pengetua 'rasis'...

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Dua pengetua yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman kepada pelajar bukan Islam Ogos lalu, menerima nasib berbeza.

Ketika pengetua wanita Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, Johor, Siti Aishah Mansor berdepan 'hukuman' jika didapati bersalah hasil kertas siasatan Jabatan Perkhdimatan Awam (JPA), rakan sejawatannya, Pengetua SMK Bukit Selambau (SMKBS), Sungai Petani, Kedah, Ungku Aznan Ungku Ismail pula yang diura-urakan akan bertukar masih kekal di sekolah berkenaan.

Nasib yang berbeza ini menimbulkan tanda tanya kerana masa depan Siti Aishah bergantung kepada kertas siasatan yang akan dibentangkan JPA kepada lembaga disiplin Jabatan Perdana Menteri (JPM) selepas Aidilfitri.

Manakala Ungku Aznan dilaporkan telah "dibekukan sementara" di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Muda/Yan, Sungai Petani, selama seminggu baru-baru ini setelah pelbagai pihak termasuk jemaah nazir, Jabatan Pelajaran Negeri dan polis menjalankan siasatan ke atasnya.

"Sepanjang tempoh itu, beliau (Ungku Aznan) tidak dibenarkan berada di sekolahnya, sebaliknya diberikan bilik khas di PPD Kuala Muda/Yan," kata sumber Jabatan Pelajaran negeri semalam.

Menurut sumber itu, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada tempoh seminggu itu sebagai "hukuman muktamad" atau hanya tindakan sementara.

Katanya, pihaknya masih menunggu siasatan lengkap mengenai pengetua lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, pengetua lelaki sekolah menengah luar bandar itu dibenarkan kembali ke sekolahnya pada 1 September.

Tindakan menempatkan sementara pengetua berkenaan di Pejabat PPD itu dipercayai bagi mengelakkan beliau dikunjungi wartawan dan partai politik sementara siasatan lanjut ke atasnya dijalankan lebih terperinci.

Ungku Aznan didakwa mengeluarkan perkataan berbaur perkauman kepada pelajar bukan Islam semasa majlis perhimpunan pagi SMKBS sebelum ini dijangka akan ditukarkan ke sekolah baru mulai 1 September hasil desakan masyarakat Cina setempat, MCA dan Gerakan negeri.

Sumber itu berkata, pertukaran itu adalah sebagai tindakan alternatif awal yang diambil bagi meredakan suasana hubungan antara komuniti setempat dengan pengetua berkenaan.

Katanya, pengetua berkenaan juga telah meminta maaf kepada sekumpulan pelajar terbabit dalam pertemuan khas di sekolah berkenaan beberapa hari selepas kejadian itu.

Bagaimanapun, menurut sumber itu, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada tempoh seminggu itu yang dijalani Ungku Aznan itu sebagai "hukuman muktamad" atau hanya tindakan sementara.
 
Pengetua rasis' - laporan ke lembaga disiplin

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membentangkan kertas siasatan berhubung seorang pengetua sekolah di Johor yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman kepada lembaga disiplin Jabatan Perdana Menteri (JPM) selepas Aidilfitri.

Ketua pengarahnya Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata langkah tersebut akan menentukan sama ada kertas pertuduhan akan dikeluarkan terhadap pengetua tersebut.

"Saya telah menerima kertas siasatan dari jawatankuasa siasatan kementerian pelajaran petang semalam, dan saya bersama beberapa pegawai JPA sedang menelitinya.

"Jika ada asasnya (untuk mengambil tindakan), kami akan membentangkan kepada lembaga disiplin JPM bagi mendapatkan persetujuan untuk mengemukakan pertuduhan kepada pengetua tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama media, di Putrajaya, semalam.

Semalam, Muhyiddin meminta Abu Bakar membuat keputusan segera berhubung kenyataan berbaur perkauman oleh pengetua Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra, Siti Aishah Mansor, di Kulai, Johor, baru-baru ini.

Dia didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di negara ini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menjijikkan.

Sebelum itu, Muhyiddin telah mengumumkan sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut bagi mendapatkan fakta sebenar perkara itu.

Abu Bakar berkata jika kertas pertuduhan dikeluarkan, pengetua terbabit akan diberikan peluang untuk membela diri sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Kami akan teliti pembelaan Siti Aishah sebelum sebarang hukuman di bawah Peraturan Tatatertib Penjawat Awam diambil," katanya.
 
Pengetua 'rasis' dijangka bertukar sekolah

Pengetua lelaki sebuah sekolah menengah luar bandar di Kedah yang didakwa mengeluarkan perkataan berbaur perkauman kepada pelajar bukan Islam baru-baru ini, dijangka ditukarkan ke sekolah baru yang juga terletak di kawasan luar bandar, mulai 1 September ini.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau (SMKBS) itu dikatakan akan memulakan tugasnya di sebuah sekolah menengah yang terletak di kawasan Felda dalam daerah pendidikan Baling/Sik.

Sumber berkata, pertukaran yang secara 'suka sama suka' itu adalah sebagai tindakan alternatif awal yang diambil bagi meredakan suasana hubungan antara komuniti setempat dengan pengetua berkenaan.

"Langkah itu difikirkan sesuai untuk masa ini dan ia adalah proses pertukaran biasa," kata sumber itu yang memberitahu siasatan terhadap pengetua tersebut dijalankan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan yang dikendalikan Penolong Pegawai Pelajaran (Hal Ehwal Murid), Salmah Hamdan.

'Balik ke China'

"Secara lisannya, pengetua berkenaan telah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan beliau menunggu surat rasmi untuk berbuat demikian," katanya.

Selain murid, beberapa guru SMKBS dan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan juga memberi kenyataan dan bermesyuarat bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Turut menyiasat kes itu ialah jemaah nazir dari Putrajaya dan polis cawangan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.

Pengetua berkenaan didakwa mengeluarkan kata-kata "balik ke China" kepada pelajar bukan Islam sekolah berkenaan dalam majlis perhimpunan pagi, baru-baru ini kerana menegur mereka yang tidak menghormati pelajar Islam yang berpuasa.

Tindakan itu mendapat respos segera daripada partai politik - MCA dan Gerakan - yang mahu tindakan diambil terhadap pengetua berkenaan termasuk menukarkan ke tempat lain.

Sumber itu berkata, pengetua berkenaan juga telah meminta maaf kepada sekumpulan pelajar terbabit dalam pertemuan khas di sekolah berkenaan beberapa hari lalu.
 
Malaysia ni hanya utk org melayu je ke?
 
hek eleh...diorang kutu kita dalam bahasa diorang sapa yang tahu.....tak yah hukumlah...kasi lepas jer...buat pengajaran kat cha dan tam...
 
pengetua johor tak kuat kempen kut..
pengetua kedah kuat kempen kut:-?:))
 
Malaysia ni hanya utk org melayu je ke?

orang melayu sudah lama mentap lor..
bangsa lain just immigrant je...

orang asli x kne kutuk sebab dia mmg lama dkt sini..
termasuk org sabah/sarawak itu mmg negara mereka
 
Back
Top
Log in Register