BTC USD 84,563.8 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nasi kangkang.

suhimi

Fun Poster
Messages
214
Joined
Jan 15, 2011
Messages
214
Reaction score
0
Points
10
Ada tak sape2 kat sini yang tau mengenai nasi kangkang ni.
Klo ada bolehlah kita sama2 berkongsi pengetahuan mengenainya disini.
Aku penah dengar la mengenai benda ni tp tak tau apa kesan kpd orang yg terkena benda alah ni.
 
seingat aku, org yg kena ( suami ) akan jadi ***** gila dgn bini.. tunduk smpai sembah bini tu...
 
x slap macam penunduk untuk suami...biar si suami taat kat die smpai bile2,x
boleh lawan ape2..just dengar+ ikut cakap isteri tu je..nasi tu di kngkang kan kat bwah die time period pastu bagi makan kat suami..ade bace2 gak la tu..
 
org yg terkena tu dia tau x yg dia dah kena benda ni..klo dia tahu boleh ke dibuang?
aku rs benda mcm sihir jgk la kot.
 
Ada tak sape2 kat sini yang tau mengenai nasi kangkang ni.
Klo ada bolehlah kita sama2 berkongsi pengetahuan mengenainya disini.
Aku penah dengar la mengenai benda ni tp tak tau apa kesan kpd orang yg terkena benda alah ni.

yg aku tau la..ini salah satu ilmu penunduk...susah nak blajar nih..banyk pantang maklumlah ilmu syaitan..menyesatkan..kesannya sgt berkesan...suami akn jadi mcm ***** bila ngan bini jerr...tapi tiada kuasa lebih berkuasa dari YANG MAHA ESA kan...tiada azimat semulia kata2 ALLAH....tipu muslihat jer tuhh...kalau salah tolong betolkan
 
ilmu2 yg mcm ni sbnrnya diorang belajar dr mane?
bolehke dibuang klo terkena kt kita..
aku saje nak tau jer.
 
org yg terkena tu dia tau x yg dia dah kena benda ni..klo dia tahu boleh ke dibuang?
aku rs benda mcm sihir jgk la kot.

rasenye dier xtak sedar,cume org2 sekeliling dier yg akn prasan..bende2 mcm bole dibuang
 
Aku syak aku pernah kena, aku tak berani nak tuduh tanpa bukti tetapi naluri aku mengatakan aku terkena nasi kangkang. kisah nya bergini.

Dahulu , selepas spm , aku kerja di sebuah kilang membuat fishing rod. Dalam duk kerja tu aku kenal dengan seseorng minah ni. Umur dia tua 2 tahun dari aku. Tapi masa tu kami sama2 muda, saya 23, dia umur 25.

Minah ni masa keja tu masih lagi isteri orang. Entah macam mana, tak sampai seminggu dia kerja, suami dia kena tangkap polis pasal kes dadah. Oleh kerana terlalu kerap kena tangkap, maka keluarga minah ni suruh berpisah, sebab tak tahan malu dengan orng kampung.

Selepas berpisah itulah aku mula rapat dengan minah ni. Cantik , lawa, muka putih macam cina. Maka ramailah geng lelaki termasuk bos kilang sendiri duk mengayat dia. Tapi dia tak layan. Dia rapat dengan aku. Makan pagi dan petang bersama. Kilang ajurkan sukan pun , kami join team yg sama. sehinggalah suatu malam itu....

Minah ni keja shif malam dengan aku, cuma seksyen lain. Rehat malam itu dia datang kepada aku ajak makan bersama. Aku tak kisah sangat sebab selalu ke kantin dengan dia. Tetapi malam ini lain sikit. Dia kata , dia bawa makanan sendiri dari rumah dia. Nasi putih bersama ikan masak sambal. (dah sahlah kuah ikan tu merahkan , nama pun sambal).

Kami ke court tennis , sbb situ tak der orang, dia pun buka dua bekas tappeware yg dibawa , satu nasi , satu lagi lauk, dan saya bawa pinggan plastik untuk kami berdua. Layanan dia pada aku masa tu rasa macam dua laki bini. Dia saukkan nasi dan tolong ambilkan lauk serta kuahnya sekali dan serah kepada aku.

Aku ambil dah terus makan ( bismillah pun lupa ). Pastu aku tanya dia, kenapa dia tak makan sama? dia kata , dia bawa khas utk aku, dan dia dah kenyang sebb sudah makan tadi di rumah. Aku tak kisahlah sangat sbb mungkin betul, jadi aku pun bedal semua sekali sampai kenyang. Dia hanya tersenyum melihat aku berselera makan. Lepas makan aku tanya dia. nak ke surau ker sbb dia time tu waktu isyak dah masuk, dia kata tak boleh sembahyang. Aku pahamlah time tu dia period.

Keesokannya aku demam. Aku ambil mc dan tak pergi keja sehari itu.Tetapi masa tu aku tak syak apa2 sbb tatau pun apa dia nasi kangkang ni.

Kami kawan agak lama jugak. Keluar dating pun selalu sangat. Ibarat macam laki bini. Oleh kerana aku anggap dia isteri aku ( kerna terlalu sayang). segala pembelanjaan dia di kilang , makan minum atau apa saje perlukan duit. Aku sediakan. Sehinggalah aku tersedar .....

Minah ni nak tukar kilang, nak keja kilang sebelah. Aku berat nak kasi , tapi oleh kerana tak jauh mana pun, aku kasi saje. Selang 2 minggu aku dapat tahu dia dah ada orng lain ( boyfriend baru) dikilang tu. Aku jadi gelabah, aku jumpa dia, then dia suruh aku call saje kalau nak tahu. Pastu malam tu aku call rumah dia, kami sembang dan aku tanya betul atau tidak apa yg aku dengar, dia kata betul dia ada orng lain, dia suruh aku lupanya....

Korang tahu apa jadi.. aku menagis dari pondok talifon tu pastu naik motor pun nagis lagi.. sampai ke rumah ,terus masuk bilik. nagis saje keja aku.. Terus terang aku tak pernah alami frust teruk macam tu. Masa sekolah dulu bukan tak der girlsfriend, dan bukan tak pernah putus. Tapi kali ni lain , sehinggakan aku ambil Eremin 5 untuk lupakan dia, ambil ubat batuk lagi, kalau tak der duit ubat selsema pun jadi , Janji kepala tak ingat minah tu... Teruk aku kena...... hanya allah saje yg tahu.

Aku derita selama 2 tahun tak dapat lupakan dia. Setelah dia keluar berhijrah kerja di Shah Alam, baru aku rasa aman sikit. tu pun hari2 ingat dia.

Dan sekarang aku masih ingat minah tu lagi, tetapi tak seteruk dulu. Cuma terkenang sejarah silam saje. Jadi kat sini aku tak berani nak kata betul ker aku terkena nasi kangkang.. atau tidak. Tapi cara dia bagi aku makan tu aku jadi syak ..

1) Dia bawa nasi dan lauk. dia tak makan.. sedangkan time rehat utk makan hanya waktu itu saje.

2) Time tu dia period. Dan aku diberitahu dia sendiri tarikh2 dia period. Aku tahu berapa haribulan sehingga berapa haribulan.

3) Aku jadi separuh gila untuk melupakan dia, Sebelum ni berapa ramai girls yg rapat dengan aku pun, aku tak kisah sangat. aku tahu aku boleh cari lain. Sehinggakan aku kena ambil Eremin 5 baru boleh tido. Tidak ni. langsung tak dapat lelap mata.

Tapi syukur alhamdulilah, sekarang aku dah ada anak isteri. Dan cerita ini dah jadi kenangan lama untuk aku. Sekian kisah aku. Aku sekadar syak yg aku kena nasi kangkang.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register