BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nasi berlauk mi segera

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
08hmbuk.transformed.jpg


Bukit Mertajam: Mi segera dijadikan lauk dan kuah yang dimakan bersama nasi. Itulah juadah ‘istimewa’ buat empat beranak setiap kali waktu makan sejak hampir dua tahun lalu kerana kesempitan hidup yang mereka alami.

Bagi Othman Md Hassan, 76, yang tinggal di Flat Taman Kota Permai, di sini, bersama isteri dan dua anaknya, dia terpaksa berjimat dan menjamah apa saja rezeki yang ada dengan menjadikan mi segera sebagai makanan ruji mereka sekeluarga hampir setiap hari.

Dia tidak mampu menyara keluarganya selepas menghidap penyakit jantung dua tahun lalu manakala isterinya, Malikah Cholil, 34, pula buta selepas melahirkan anak kedua mereka 11 tahun lalu.

Sebagai ketua keluarga, Othman berkata, dia yang bekerja sebagai pemandu lori ketika masih sihat menjalankan perniagaan menjual air minuman secara kecil-kecilan bagi menyara isteri dan dua anaknya berusia 11 dan 13 tahun yang masih bersekolah.

Bagaimanapun, selepas diserang penyakit jantung, dia tidak mampu lagi mengusahakan perniagaannya itu, apatah lagi kudratnya yang semakin lemah serta perlu kerap berulang-alik ke hospital pada setiap bulan bagi mendapatkan rawatan.


simber:http://www.hmetro.com.my/node/113398
 
Dah jadi macam cara PATI makan.

Semoga ada pihak yang boleh bantu.

Kalau dulu2 artikel akhbar ada juga keluar nombor akaun untuk beri derma.
 
teringat kt member sabah ms belajar dl..beli nasi kosong.meggi kari wat lauk
 
samo macam den belajar dulu..kadang2 makan kuah maggi member punya..
 
kerajaan tak malu ker?? aku pegi mini market pekerja asing beli bawang seguni, beli sayo b'ikat2, beli beras b'kampit2, beli ayam b'ekor2. tak kene GST plak tu. rakyat sendiri yg byr cukai itu cukai ini tak bole nak jaga??
 
Sama mcm segelintir/sebilangan kecil student sekarang,makan megi tradisi org belajar,x mampu bayar yuran dan hanya mampu pakai IPhoneSick...
 
kenapa laa x mintak bantuan baitumal..
mmg layak nih..
 
kerajaan tak malu ker?? aku pegi mini market pekerja asing beli bawang seguni, beli sayo b'ikat2, beli beras b'kampit2, beli ayam b'ekor2. tak kene GST plak tu. rakyat sendiri yg byr cukai itu cukai ini tak bole nak jaga??
rezeki sebenarnya bukan dari parti politik bro ... tapi dari ALLAH ... siapa usaha lebih dapat lebih .... huhuhuhu

pandangan aku ler ..... sbb dulu pernah makan nasi goreng putih dengan garam jer .... huhuhuhu ... tapi sbb ibu aku .. ibu tunggal anak lapan ... usaha lebih ... Alhamdulillah .... :D

maaf... :)
 
Back
Top
Log in Register