BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nasi ayam RM1.90 sepinggan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


BESUT, TERENGGANU - Dalam keghairahan ramai peniaga menaikkan harga makanan di premis mereka berikutan kenaikan harga bahan mentah termasuk bahan api, masih ada peniaga di sini tetap menjual dengan harga lama.

Seorang pengusaha kedai makan nasi ayam di Gong Kemuntong, Jertih, Ramli Mat Zaid, 43, berkata, dia masih mengekalkan harga nasi ayam yang dijualnya iaitu RM1.90 sepinggan, sejak premisnya yang terletak di depan Padang Astaka Jertih, di sini, beroperasi hampir lapan tahun lalu.

Menurutnya, harga nasi ayam biasa yang dijualnya masih sama tanpa mengubah saiz ayam dan nasi sejak dulu lagi walaupun harga ayam dan beras naik.

“Walaupun kekal dengan harga lama dan barangan pula semakin mahal, saya masih dapat untung meskipun tidak sebanyak ketika harga bahan mentah murah.

“Saya berniaga nasi ayam ini bermula daripada harga ayam sekitar RM4.50 sekilogram sehinggalah harga sekarang kira-kira RM6.50 sekilogram, namun saya masih mampu menjual dengan harga murah,” katanya yang mempunyai lapan pekerja.

Ramli berkata, memang menjadi hasratnya semasa memulakan perniagaan untuk menjual nasi ayam itu dengan harga RM1.90.

Katanya, pelanggan yang menempah nasi ayam dengan air minuman teh 'O' ais di kedainya hanya perlu membayar RM2.90 sahaja.

“Walaupun harga ayam meningkat, tetapi apabila pelanggan ramai berkunjung ke kedai kita, tetap memberi pulangan menguntungkan,” katanya yang menyediakan kira-kira 80 hingga 100 ekor ayam sehari.

Bagaimanapun katanya, bagi nasi ayam spesial, harga yang dijual telah naik sebanyak 50 sen pada awal tahun ini daripada RM3.00 menjadi RM3.50 sepinggan.

Sementara itu, salah seorang pelanggannya, Mohd Razali Mahmud, 31, berkata, dia menjadi pelanggan setia di kedai itu kerana harga nasi ayam yang dijual murah dan berpatutan.

“Langkah pengusaha kedai nasi ayam ini yang tidak menaikkan harga membuktikan peniaga masih mampu mendapat keuntungan walaupun harga barang mentah naik.

“Masalah sekarang, harga bahan mentah naik tidak seberapa, tetapi peniaga menaikkan harga makanan melampau-lampau,” katanya
 
aku penah makan kat sini....
takde la sedap sgt....
kalau nak lagi best g depan maktab sultan mizan....
RM2.00 je nasi ayam...
mmg sedap dan byk....
masa belajar dulu selalu makan kat situ je time sengkek....
skrg tak tau la kot2 dah naik rege....
 
Alhamdulillah..

Moga2 makin bertambah2 rezeki abg ni...
 
muroh ni tempat aku nasi ayam 5 ria doh
 
aku penah makan kat sini....
takde la sedap sgt....
kalau nak lagi best g depan maktab sultan mizan....
RM2.00 je nasi ayam...
mmg sedap dan byk....
masa belajar dulu selalu makan kat situ je time sengkek....
skrg tak tau la kot2 dah naik rege....

lauk apa dia kasi..? :-?
kurang sekupang je tu dari yg paling sedap :D
 
Nanti ade la geng melayu yg cakap abg ni perosak , tukang cantas rezeki melayu lain, tutup periuk peniage lain, pancung saudare seislam sendiri dan macam2
Melayu pantang nampak melayu lain jual barang murah
Kalau cine yg jual murah tak ape
:)):)):))
 
semoga perniagaan beliau memberikan pilihan kepada pelanggan
dan selamat maju jaya ...
 
Back
Top
Log in Register