BTC USD 83,703.5 Gold USD 4,216.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Namewee mengutuk Pengetua "Racism"...

Nazzrie

Active Member
Messages
2,356
Joined
Aug 14, 2007
Messages
2,356
Reaction score
19
Points
25
Puteri UMNO desak kerajaan bertindak tegas terhadap Namewee

2010/08/27
KUALA LUMPUR: Puteri UMNO mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap seorang pemuda dari Muar Johor, Wee Meng Cheng atau dikenali sebagai Namewee kerana mengulangi perbuatan yang dianggap biadap, kali ini dengan menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin, berkata klip video terbaru Namewee yang disifatkan berbaur perkauman dengan merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman.
Dalam satu kenyataan hari ini Rosnah berkata dalam klip video itu Namewee antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar.
Beliau berkata, selain itu Namewee dalam klip video yang disiarkan dalam laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh.

"Puteri UMNO mendesak kerajaan bertindak tegas kerana anak muda itu ternyata tidak mempunyai rasa hormat jauh sekali mempunyai tanggungjawab terhadap tanah air sendiri," katanya.

Rosnah berkata, Namewee adalah lambang generasi muda yang tidak tahu menghargai erti kemerdekaan dan perpaduan kaum yang dinikmati oleh rakyat negara ini.

"Adalah wajar tindakan tegas dikenakan terhadapnya supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak bahawa isu perkauman bukanlah bahan mainan yang boleh dicarut dan disebarluaskan menerusi internet," katanya.
Beliau berkata, isu guru yang didakwa mengeluarkan perkataan berbaur perkauman sedang disiasat oleh pihak berkenaan dan adalah tidak wajar guru berkenaan dicerca melalui klip video itu. - BERNAMA

http://www.youtube.com/watch?v=HBqIIju0UGI

http://www.facebook.com/pages/Namewee-huang-ming-zhi-Official-Page/160059088428
 
tak pasal2 die dapat free publisiti... apsal die tak kutuk 4 orang anak2 cina MCA tu simbah cat kat masjid tu???? kerajaan UMNO pun lembut sangat... mintak maaf terus setel la ni...
 
anak emas dap.. pru 13 bertanding la..
 
agaknya namwee nih dilindungi oleh MCA,GERAKAN,DAP dan kaum cina kat malaysia nih kot...sebab tuh dia berani wat mcm nih...
 
dulu masa video pertama keluar lagu negara kuku tu, memang ramai comment nak belasah je si namewee ni, termasuk budak2 muar dan abg2 polis yg panas sgt dgn dia ni, pas tu time dia balik msia suma kecut telur...apa lagi budak johor pegi ar blasah mamat ni cukup2.ckp bnyk xguna.
 
racism ?? pekebendenye... kalau kene kat dorang semua racism la.. kalau untung ke dia ?? cuba la sentuh isu pendidikan kalau tak meletup2 depa.. kalau racism depa tu langsung x dapat title warganegara pung !! :mad::mad: tu isu baling cat tu, nak settle la tu.. konon belum matang la apa la.. maaf ok je boley trima x de masalah tapi perundangan kene jalan beb, kalau tak sok hmmm.. nampak la :(scam
 
Back
Top
Log in Register