eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: “Apa yang dikatakan oleh Memey berkaitan harapan menamatkan hubungan kami di gerbang perkahwinan adalah luahan hati dan naluri seorang wanita.
“Buat masa terdekat, saya memang belum ada perancangan untuk menamatkan zaman duda, tetapi tidak nafikan hubungan dengan Memey adalah intim,” kata pelakon Norman Hakim, 33, semalam.
Norman mengulas kenyataan Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 21, dalam sisipan RAP, Harian Metro, semalam, berkaitan harapan supaya hubungannya dengan pelakon berkenaan berakhir di jinjang pelamin.
Dalam kenyataan berkenaan, Memey menjelaskan, dia dan Norman belum berbincang soal kahwin, namun sebagai wanita bujang, gadis berasal dari Johor itu mengharapkan hubungannya dengan bekas suami pelakon Abby Abadi itu berakhir sebagai suami isteri.
Menurut Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, dia bukan menolak kenyataan Memey, sebaliknya menganggap ia satu penghargaan daripada gadis berkenaan.
“Saya hormat dengan Memey. Dalam masa sama, saya menghargai kenyataan Memey. Saya tidak menafikan kami intim, tetapi memang belum merancang atau berbincang soal mengakhiri hubungan sehingga di jinjang pelamin,” katanya.
Berkaitan kenyataan Memey yang dia rapat dengan ibu Norman dan memanggilnya dengan panggilan ‘mak’, duda anak tiga itu memaklumkan, ia bukan perkara asing atau pelik.
Norman berkata, sudah pasti jika sesuatu hubungan itu intim, individu berkaitan pasti mengenali keluarga kedua-dua belah pihak.
“Bukan Memey saja yang mengunjungi atau mengenali keluarga saya, malah saya juga mengenali serta pernah berkunjung ke kediaman keluarganya di Johor.
“Pada saya, ia perkara normal jika hubungan seseorang itu intim. Saya juga ada rakan lain, termasuk lelaki serta wanita, dan turut mengenali keluarga mereka secara dekat. Itu tidak salah pada saya,” katanya yang mengatakan hubungannya dengan Memey berjalan lancar hingga kini.
Bagaimanapun, yang menjadi kebimbangannya ialah spekulasi jika kata-katanya atau perbuatannya disalah-erti oleh pihak lain.
“Saya sebenarnya trauma untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan diri sendiri atau hubungan dengan Memey kerana bimbang ia jadi bahan spekulasi.
“Bagaimanapun, saya perlu hadapi semua itu dan dalam masa sama berharap semoga apa yang dikatakan, sama ada oleh saya atau Memey, tidak disalah-erti.
“Banyak hati yang perlu saya jaga dan saya percaya Memey juga berpandangan sedemikian,” katanya.