BTC USD 81,310.8 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

nak try beli 4x4 la

Yg ni x ok ke?



RM89k je katanya..
 
Aku sekarang minat triton, dah survey2 dah triton sebab bentuk dia aerodinamic...ada sapa2 bleh suggest kelebihan dan kekurangan triton tak kat sini.....

Lagi aku jatuh cinta jumpa triton ralliart edition... perhhh.. dalaman dia mmg meleleh laa macam terasa org kaya, keluarannya hanya 500 unit sahaja... tapi harga second pun masih mahal lagi, tahun 2011 harga 78k...huhuhuuu
 
Kalau nak bawa family, seat belakang yang best adalah Hilux.
tapi tu kalau atak bergerak la. Bila bergerak, lain cerita
Tapi spring Hilux teruk sangat. Tapi tu boleh modify.

Jangan terkejut, standard, ada member pernah angkat muatan 2 tan dengan Hilux.
Sebab tu spring keras.

Navara seat belakang tegak. Ranger pun sama.
Colorado ok sikit.
Tapi 2nd best selepas Hilux adalah Triton.
dan Triton spring memang selesa.

Kalau nak laju, selesa, latest, Colorado 2.8 LTZ.
Sangat sangat laju.
Handling bagus, cuma tak sebagus Ranger T6.


Kalau nak laju dan layan corner semata, Ranger T6 Wildtrak.
Aku cerita kelemahan dulu.
Jangan cerita roadtax kat sini, enjin 3.2.
Jangan cerita fuel consumption, memang kuat, kurang dari 10l/100km. Tu pemanduan berjimat tu.
Pintu belakang kecik, seat belakang tak selesa macam Colorado, atau Triton.

Kelebihan,
Laju. Cornering sangat bagus(dah level SUV, bukan level pick up dah)
Ini yang aku baca.
Yang aku test, enj8n sangat senyap. Kalau duduk dalam , tutup pintu dan tingkap, tak macam diesel.
Spec sangat tinggi. Kalah atau sama dengan Honda Accord dan Camry.
6 speed auto, 2 zone auto climate (Colorado single zone), auto headlamp dan wiper, eletric driver seat ( colorado pun ada). Airbag ada 6.

Abam otai dalam pickup... saya sedang survey triton untuk kegunaan biasa jalan2 balik kampung dan sesekali angkat barang2 cam sofa, peti ais,...

Apa pendapat abam tentang triton, nak piley hilux, melambung org belakang lagipun ramai sgt pengguna...

Thanks.
 
12344_10152152223847969_1595979416_n.jpg


Weekend lepas..... Baram Ulu, Marudi, Miri Sarawak.
 
On the road, mungkin triton menang ...

tapi bila offroad.... hilux always champion....
 
Abam otai dalam pickup... saya sedang survey triton untuk kegunaan biasa jalan2 balik kampung dan sesekali angkat barang2 cam sofa, peti ais,...

Apa pendapat abam tentang triton, nak piley hilux, melambung org belakang lagipun ramai sgt pengguna...

Thanks.

Berapa budget?

Kalau bawah 100k, tak nak pening kepala, Triton la.

Kalau lebih, Colorado pun ok.
 
4x4 ni rsenya beli 2nd lg best. beli baru syg nk bwk offroad. 100k tu harga. huhu
 
4x2 new....

RM53,888.60
2.2L petrol

boleh roger kalau berminat..

test drive..setakat ni kat klang..
 
Back
Top
Log in Register