BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ekoran Ikut Cakap Keluarga, Jurutera Dedah Kesal Beli Kereta Honda Sebab ‘Maintenance’ Terlalu Mahal

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
1740118533165.png

Boleh dikatakan majoriti ibu bapa mengharapkan anak mereka yang bekerja untuk membeli kereta berjenama luar negara berbanding jenama lokal sendiri seperti Perodua dan Proton. Ini yang terjadi kepada seorang pemuda yang mendakwa dirinya sangat menyesal kerana terlalu mengikut kehendak keluarga dan akhirnya perlu menanggung pelbagai komitmen di kemudian hari. Menerusi satu tangkap layar yang dikongsikan oleh seorang pengguna Threads, seorang pemuda berkongsi bagaimana dia terpaksa menderita dengan pilihan membeli kereta jenama Jepun walaupun pada mulanya lebih selesa dengan kereta lokal sahaja.

“Saya sangat menyesal beli kereta jenama H masa baru-baru mula bekerja. Saya sebenarnya nak beli Bezza tapi keluarga saya cakap takkan lah engineer pakai kereta lokal,” kongsinya.

Tidak berfikir panjang, dia menyangka gaji permulaannya RM3,500 sudah cukup untuk membiayai komitmen bulanan RM1,000 dan boleh menggunakan baki untuk perkara lain. Namun hanya selepas sudah mula membayar, barulah dia terasa bebannya apabila caj servis, cukai jalan dan tayar botak perlu menggunakan duit poket sendiri yang banyak. Oleh itu, jurutera itu meminta pandangan daripada netizen sama ada perlu menurun taraf atau menjual kereta Hondanya itu dan bagaimana pula cara untuk menguruskan kewangan dengan lebih bagus jika mahu terus menyimpan kereta Honda itu. Dalam pada itu, dia berharap agar ada kenaikan gaji pada tahun ini namun realitinya masih kekal seperti sebelum ini.​

1740118469939.png
 
smlm baru baca gak.. kat forum jiran, sama kes, nak beli h, gaji pon sama.. cuma depo dia buh tinggi rm30k..

tp dia kira bijak la, tanya dulu baru beli..

kes ni dah beli , takleh watpo laa
 
Anak aku...aku nasihatkan beli Axia je.....nak ke perlis pun sampai juga....apa org nak cakap...lantak bukan depa sumbang bayar bulan bulan.....sepupu dok bedak kereta mak bapak boleh lah sembang...
 
Back
Top
Log in Register