BTC USD 81,274.8 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

nak try beli 4x4 la

Aku pakai navara SE 4x4
Interest bank 2.49 Jan 2013
Drive dlm town je. Selalu drive laju. (ENJIN MEMANG POWER)
Minyak Rm50 dapat 230km sahaja.
Servis minyak semi bole tahan 8000km ke 10000km minyak 2 tong 4liter Rm200++ bukan servis centre.
Nissan servis centre minyak mineral je.
Road tax Rm800++ Insurans cover Rm79k Rm1100++
Tyre sebiji A/T Rm2k++ untuk 4 biji. (Tyre ori 11bulan dah nampak benang)

Sekian.

Renung2kan lah TT.
 
Dah masuk 10 tahun dah pakai pick up. Dari baru sampai dah nak lunyai dah.

Dah 290 000 km dah.

Aku pakai Ranger tahun 2004.
Bukan tdci. Kira ni Ranger lama la.

Apasal aku amik Ranger masa tu?
Sebab ni je pick up masa tu di pasaran Malaysia yang ada 2 airbags dan ABS.
 
Aku pakai Ranger aku memang lasak, on road dan off road.

Ada benda yang aku puas hati dengan Ranger ni. Ada benda yang aku tak puas hati.

Kalau nak bawa laju, Ranger stabil. Tapi bila banding bab enj8n dengan pick up baru, jauh la ketinggalan.
Kalau nak laju, Navara memang laju.
Aku pernah test sampai 180kmh dan macam boleh naik lagi.
Ranger aku boleh pergi sampai 170 je, tu pun masa zaman kereta ni muda lagi, minyak fully sintetik, servis setiap 5000km, air filter drop in K&N.
Turun bukit kat Ipoh sekali tu ada la lebih meter, meter sampai 180kmh je.

Kalau nak ketahanan, no contest, Hilux.
Hilux memang paling tak best bila bawa laju.
Paling tak selesa kalau jalan bumpy.
Tapi dalam hilux pada aku paling aku suka(selepas Ranger T6 baru la).
Ada lebih dari 6 cupholder (aku banyak habiskan masa dalam pick up, ni semua penting pada aku)
 
Kalau nak bawa family, seat belakang yang best adalah Hilux.
tapi tu kalau atak bergerak la. Bila bergerak, lain cerita
Tapi spring Hilux teruk sangat. Tapi tu boleh modify.

Jangan terkejut, standard, ada member pernah angkat muatan 2 tan dengan Hilux.
Sebab tu spring keras.

Navara seat belakang tegak. Ranger pun sama.
Colorado ok sikit.
Tapi 2nd best selepas Hilux adalah Triton.
dan Triton spring memang selesa.

Kalau nak laju, selesa, latest, Colorado 2.8 LTZ.
Sangat sangat laju.
Handling bagus, cuma tak sebagus Ranger T6.


Kalau nak laju dan layan corner semata, Ranger T6 Wildtrak.
Aku cerita kelemahan dulu.
Jangan cerita roadtax kat sini, enjin 3.2.
Jangan cerita fuel consumption, memang kuat, kurang dari 10l/100km. Tu pemanduan berjimat tu.
Pintu belakang kecik, seat belakang tak selesa macam Colorado, atau Triton.

Kelebihan,
Laju. Cornering sangat bagus(dah level SUV, bukan level pick up dah)
Ini yang aku baca.
Yang aku test, enj8n sangat senyap. Kalau duduk dalam , tutup pintu dan tingkap, tak macam diesel.
Spec sangat tinggi. Kalah atau sama dengan Honda Accord dan Camry.
6 speed auto, 2 zone auto climate (Colorado single zone), auto headlamp dan wiper, eletric driver seat ( colorado pun ada). Airbag ada 6.
 
Tapi selepas 9 tahun pakai Ranger, apa aku boleh kata, Ranger tak tahan.
Kalau kata sebab aku pakai lasak, memang orang pakai pick up untuk lasak.
Kalau nak bergaya, aku pakai CRV.

Aku redah air banjir sampai 1.0m-1.2m.
Enjin idling kadang sampai 6 jam non stop, sehari.

Tapi aku tak pernah abai bab servis.
Yang aku frust, aku servis kat Ford Auto Concessionaire/Autoconexion selalu. Dari 0km sampai 120k km aku 2 kali je servis luar.
Last last block aku crack.
Aku servis ikut jadual pun ada masalah juga.

Hilux yg pakai lagi lasak dari aku , tak hantar kat UMW Toyota untuk servis pun lagi tahan dari Ranger aku.
Walaupun Hilux pakai commonrail, Hilux tadak masalah macam commonrail lain seperti Triton dan Navara.
Kalau nak lasak betul betul, Hilux la jawapannya.
 
Tapi kalau kaki bawa laju dan layan corner, elakkan Hilux. Corner tak bagus, naik , terutama duduk belakang, teruk (kalau standard).

Tapi mana ada kereta yang perfect semua.
 
Tapi kalau kaki bawa laju dan layan corner, elakkan Hilux. Corner tak bagus, naik , terutama duduk belakang, teruk (kalau standard).

Tapi mana ada kereta yang perfect semua.

ko duk sabah ke?atau mmg duk pedalaman kt smnjung?
 
Back
Top
Log in Register