Ada satu jenis penyakit di tempat keje korang yang mungkin korang sendiri menghidapinya atau rakan2 sekerja korang sendiri menghidapinya, aku nak panggil penyakitnya aku tak tau nama spesifik yang lebih tepat tapi ada orang panggil dengki atau busuk hati, tapi bagi aku tu macam kasar sangat bunyinya. Situasinya lebih kurang macam ni:
Katalah korang beli handphone canggih teramat, hanphone cantik, fungsi amat canggih dan bunyi memang besh tapi brand China. Korang tak de la menunjuk-nunjuk sangat, kebetulan berbunyi rakan2 sekerja nampak so ramai la yang memuji-muji kecanggihan hanphone korang, tp memang korang jenis rendah diri mengakui yang hanphone ni brand China, tak sampai 2-3 minggu pastu ada la pulak staff kat ofis korang pakai hanphone baru gak, hanphone mahal tu, original then siap jaja menunjuk-nunjuk lagi, tak kisah la duit dia walaupun kita tau dia ada wat overlap loan
p) tp yang tak besh nya dia plak leh kutuk, "Apa barang beli hanphone China..." cheh, memang dah nampak beli handphone bukan sebab nak meninggikan diri la. Kesian aku ngan orang camni siap buat overlap sbb nak bergaya lebih dari orang lain...
)
)
)
sebenarnya orang2 camni aku perhati banyak dan ada dimana-mana, lebih2 lagi kalau orang tu jenis keje pangkat kecik, kelulusan tak de cuma dia dah lama keje kat sesuatu tempat tu so dia tak boleh tengok orang lain yang maybe baru je keje lebih bergaya dari dia, beli keta lebih baru, atau beli hp baru, diorang pun sibuk nak jugak, siap overlap loan tu, then kutuk2 kita punya plak...
secara jujurnya aku leh cakap, yelah, kelulusan tak de, keje pangkat tak tinggi, tak de apa yang nak dibanggakan selain dari seniority dan banggakan diri dengan memperlekehkan atau merendah-rendahkan kelemahan orang lain.
kalau ye pun nak mengatasi kemampuan orang lain memiliki sesuatu, pandai2 la cover skit, tak pyah nak condemm orang lain, dah jadi macam budak2 pulak, nak beli handphone termahal di dunia ke, kereta termahal ke, nak berhutang keliling pinggang untuk bergaya semata2, itu hak diri sendiri, tp jgn memperendahkan atau memperlekehkan hak orang lain, kalau bersikap macam ni di depan orang2 yang mentality dia tinggi, ia hanya memper*****kan diri sendiri je.
panjang lebar penerangan aku, ada tak sesapa yang bleh bagitau nama lebih ringkas untuk perangai manusia2 camni?
Kisah Lelaki Calon Syurga..
"Pada satu malam, selepas sembahyang Isyak. Nabi Muhammad s.a.w. berkata kpd sahabat²nya dan orang² yg hadir solat itu: "Inginkah tuan-tuan saya tunjukkan salah seorang calon syurga?".
Nabi Muhammad menoleh kepada seorang lelaki. Lelaki itu kemas dan janggutnya terpelihara baik serta wajahnya kelihatan bersih.
"Inilah calon syurga,' kata baginda memperkenalkan lelaki tersebut. Salah seorang sahabat yang ada ketika itu ialah Anas bin Malik dan Abdullah bin Umar. Anas bin Maliklah yang menceritakan kisah itu.
Semua orang kenal lelaki itu. Mereka semua tahu bahawa lelaki yang dimaksudkan itu bukannya seorang yang alim, dan amal ibadatnya sama sahaja dengan mereka. Kalau pun tidak, org itu tentunya tidak dapat melebihi sebhg drp yg hadir di masjid Nabi di Madinah itu.
Dua org di antara mereka sangat2 ingin tahu amal ibadat lelaki itu. Salah seorg yg sgt ingin tahu itu ialah Abdullah bin Umar yg terus bertanyakan pada lelaki itu bahawa dia ingin bermalam di rumah lelaki tersebut selama 3 hari 3 malam. Lelaki itu sgt gembira di atas kesudian Abdullah untuk menginap di rumahnya. Lalu lelaki itu pun bertanya kepada Abdullah, "Apakah benar hajat saudara itu, atau saudara hanya bergurau-gurau sahaja?"
"Rasulullah telah mengatakan saudara bakal calon syurga. Saya ingin mencontohi saudara dan saya ingin masuk syurga".
Lelaki itu berkata dengan merendah diri , " Saya tidak ada ibadat selain daripada yang saudara saksikan".
Abdullah bin Umar berkeras juga dan berkata , " Benar kata saudara itu, tapi saya ingin menjadi tamu saudara untuk tiga hari."
Lelaki itu menjawab dengan senang hati," Kalau begitu keinginan saudara, marilah ke rumah saya'.
Pada malam itu juga ia Abdullah mengikuti lelaki itu kembali ke rumahnya. Pada malam pertama Abdullah bin Umar meminta izin tidur lebih awal. Ia tidak mengantuk sebenarnya, tetapi ia ingin melihat apakah ibadat yang dilakukan oleh lelaki itu.
Pada malam itu, Abdullah berpura2 tidur, tetapi matanya menjeling ke arah lelaki yang juga berbaring di sebelahnya.
Pada tengah malam, lelaki itu terjaga dan mengucapkan kata2 "Ya Allah," dan kemudian ia kembali tidur.
Pada malam kedua pun demikian juga. Lelaki itu tidur bersama² Abdullah, tetapi pada tengah malam ia terjaga dan mengucapkan "Ya Allah".
Demikianlah pada malam yang ketiga. Lelaki itu tidak melakukan apa² amalan lainnya, melainkan apa yg telah disaksikan oleh Abdullah bin Umar itu.
Cukuplah tiga hari Abdullah bin Umar menjadi tamu lelaki itu. Abdullah tidak puasa hati. Sebelum ia pulang ke rumahnya, ia bertanya dengan terus-terang kepada lelaki tiu.
"Wahai saudara, saya ingin masuk syurga dan saya ingin tahu apakah ibadat saudara?"
Orang itu menjawab, "Saya tidak melakukan apa2 amalan lainnya kecuali apa yg telah saudara saksikan itu."
Abdullah bin Umar meminta izin utk pulang ke rumahnya. Sebelum ia meninggalkan rumah lelaki itu, org itu menerangkan kepada Abdullah.
"Memang benar saya tidak melakukan apa² ibadat lain kecuali apa yg telah saudara saksikan itu.
Selain drp itu, di dalam kehidupan saya sehari² saya tidak pernah mengumpat, dan saya tidak mencerca atau menghina org lain. Saya juga tidak pernah irihati terhadap sesiapapun."