BTC USD 61,879.1 Gold USD 4,406.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nak cek jantung

boleh kurang kan kolestrol atau boleh clear kan saluran tersumbat kalau amalkan oat and susu omega ni bang???

oat tu kne makan yg btl2 takde campuran apa2..insya Allah bole la kurangkan kadar kolestrol dari bad jd normal.
 
tapi kalau salur dah tersumbat.....tak boleh clear kan bang?

susu omega plus tu ok ke?

dahtry?
 
sy dulu mcm tu jgk rase,sy google dn bcdlm forum x semestinya jantung.apa yg sy buat jg mkn,diet eat clean tp bnyak cheat day jgk hehe.pastu bnyak bersenam,alhamdulillah skrg dah hilang rase tu

mintak2 saya pun mcm tu. tengah hari tadi saya pergi pulak klinik kesihatan kerajaan, mintak buat ECG lagi. dah resultnya sama. doc tu ckp jantung sihat. say mintak buat stress test, dia ckp tak perlu dan dia tak blh refer buat test tu suka2. kalau nak buat juga kena buat dekat luar. sebab gov dia ikut flow dia ckp, ECG tak ok baru buat stress test. utk kes saya dia ckp tak perlu buat. doc tu bagi ubat gestrik je dan penedol
 
tapi kalau salur dah tersumbat.....tak boleh clear kan bang?

susu omega plus tu ok ke?

dahtry?
dh tersumbat takleh bt ape tuan..tu kne refer ijn je.. nie kalau jenis kolestrol tinggi bole la kurang kan.. insya Allah..

omega tu pon ok tp harga mahal gak..hehe
 
beli time sale lazada atau shoope. 9.9 hari tu sy beli lagi susu omega. dapat la harga 1kg rm30
 
rasanya jantung ni ada banyak test.. tak pasti nama dia betul ke tak macam ecg, echocardiogram, stress test dan agiogram.. setiap test tu mmg ada main peranan.. tp den tak tau lah sbb bukan doctor..
 
Serangan jantung bukan lagi penyakit orang tua... Golongan muda beri perhatian 4 perkara ini!
Khamis, 12 September 2019 9:00 AM

HARI ini serangan jantung bukan lagi penyakit yang menyerang orang tua. Sebaliknya ia bukan lagi sesuatu yang pelik apabila individu baharu berusia 30-an meninggal dunia akibat penyakit itu.

Malah di Malaysia sendiri penyakit itu kekal sebagai penyebab utama kematian rakyat negara ini bagi tempoh 13 tahun iaitu dari 2005 hingga 2017.

Situasi itu semakin membimbangkan apabila ramai individu berusia bawah 40 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung.

Menurut pakar jantung, Dr. Ron Blankstein terdapat beberapa faktor yang menyebabkan meningkatnya angka tersebut dalam kalangan belia.

1. Obesiti

Pola pemakanan tidak sihat serta kurang aktiviti riadah adalah antara punca obesiti sehingga menyebabkan jantung tidak dapat menampung 'beban' sehingga memerlukan ia bekerja lebih kuat.

Lemak yang bekumpul di sekitar perut juga akan melepaskan zat-zat kimia yang menjadi penyebab radang dan membentuk plak di sekitar arteri sehingga menyebabkan darah tersumbat... Akibatnya? Serangan jantung!

2. Merokok di usia muda

Menerusi kajian perokok dalam lingkungan usia 25 hingga 44 tahun semakin meningkat dan sebatang rokok sebenarnya sudah cukup untuk meningkatkan risiko sebanyak 50 peratus seseorang terkena serangan jantung.

Lebih parah ramai menyangka berhenti merokok dan menggantikan dengan rokok elektronik mampu mengurangkan risiko itu namun hal sebaliknya berlaku.

3. Tekanan di usia muda

Tidak dinafikan di zaman teknologi hari ini ramai golongan muda terpaksa hidup dalam tekanan dan menurut kajian, kelompok yang berusia di antara 22 hingga 39 tahun paling tinggi mengalami tekanan.

Tekanan tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menyebabkan radang kepada pembuluh darah ke jantung yang seterusnya boleh mengakibatkan masalah pemubuluh darah tersumbat.

Selain itu, ia juga boleh menyebabkan masalah darah tinggi.

4. Abai gejala dan risiko penyakit jantung

Gejala penyakit jantung sebenarnya mudah dikesan tetapi ramai mengabaikan amaran tersebut. Kebiasaannya petanda jantung anda bermasalah apabila mengalami mual dan sakit kepala berterusan, berpeluh dan tekanan pada bahagian dada.

Individu yang mengalami masalah penyakit darah tinggi, diabetes, perokok, sering mengalami tekanan harus berwaspada dengan gejala ini kerana ia mungkin boleh menyelamatkan anda.

tapi yang kurus rasanya yang ramai yang kena sakit jantung...bmi normal tapi kena sakit jantung... sakit jantung ni high risk dia yang ada sakit 3 berankai...
 
Last edited:
Salam, saya rasa tak selesa pada bahagian dada kiri, kadang2 rasa benda mencucuk. hari tu ada buat ECG dekat klinik swasta. dia kata normal ok. cuma ujian darah bad kalestrol tinggi dan dah kena pre diabeties. Dah 2 minggu berlalu rasa mcm tak selesa lagi. bahu pun rasa lenguh2.

kena cek jantung lagi ke? dan kat mana boleh cek jantung ya? adakah ECG ini berkesan..

IJN kalau nak check jantung boleh guna insuran kad ke?

tqvm

buat stres test ...itu yang tepat kalau nak cek sakit jantung... dan paling tepat ialah ct scan... semua aku dah buat dah sebab aku rasa sakit bahagian dada kiri aku... last2 doktor tu bagi aku koyok...ahahahah memang perli aku ... dia dah kata sebab muscle pun boleh sebabkan sakit bahagian dada .... cukup buat stres test je tak payah buat ct scan... itu dr tu cakap kat aku.
 
Back
Top
Log in Register