BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nak berhenti kerja

Ghuluw

Fun Poster
Messages
313
Joined
Feb 25, 2012
Messages
313
Reaction score
62
Points
20
Salam CGs,

Besok aku akan hantar surat berhenti kerja aku. Aku tak tahu samaada keputusan aku buat ni betul ke idak. Ada beberapa sebab aku nak berhenti;

1. Pressure - lagi 3,4 tahun aku kerja situ, mesti aku dapat sakit jantung...:D

2. Bos yang xsupport anak buah. Dalam meeting, department aku satu-satunya bos sendiri akan hentam anak buah sendiri depan dept lain...:mad:

3. Aku minat nak berniaga. Tapi aku tak pernah fikir perniagaan apa aku nak buat. Yang penting aku minat niaga. Tapi kalo aku berenti dan perniagaan aku xmenjadi cemana pulak...adoi...~X(

Agak2 korang, patut ke aku berhenti? Yang aku tau, aku dah tak da hati nak kerja situ lagi...buat pengetahuan korang, ramai pekerja yang dah berhenti. Adoi...mohon pendapat kalian...

P/S : Aku kerja sebagai eksekutif dalam bidang automotif...
 
Biarla da plan dlu br brenti bro..dh elok da keje tu tahan la dlu..Wat plan utk bisnes n run dlm ms beberapa bulan tgk cmne..dh confident leh resign..
 
aku baru jer berhenti kerja..aku selalu terapkan dalam diri aku prinsip ni..."rezeki Allah ada dimana2 sahaja..kalau rajin berusaha,berdoa dan tawakal,memang ada bahagian kita kelak..insyallahh"..
 
berhenti jer..rezeki ada kalau kita usaha...
 
kt mana mana kerja pn tetap ada pressure. yg penting cmne kita handle pressure tu.
 
jgn bro.. ikhlas ni.. sabar tp mgkin bro dah byk sabar..

x tahu nk kata apa tp jgn brenti lagi.. :((
 
saya cadangkan anda JANGAN berhenti kerja.
sebab anda nampaknya tak faham apa itu perniagaan.:)
 
Simpanan ada ke bro? Semua kerja ada tekanan..meniaga pun ada..cuba cara mengawal tu kena pandai..Seeloknya ada backup plan dulu bro baru benti.
 
Back
Top
Log in Register