ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
KUALA LUMPUR 15 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah menyaman Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming atas dakwaan memfitnah dalam status bergambar yang dimuat naik ke laman sosial Facebook atas nama wakil rakyat DAP itu yang didakwa menyentuh dan menyindir pasangan terbabit.
Writ saman dan pernyataan tuntutan bertarikh 11 Jun lalu itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
Perdana Menteri dan isterinya memfailkan saman tersebut atas kapasiti peribadi.
Pernyataan tuntutan Najib dan Rosmah menyatakan, Kor Ming telah menerbitkan perkataan, Meeting Kerajaan...Siapa PM Malaysia yang sebenarnya.
Perkataan tersebut menurut Najib dan Rosmah selaku pihak plaintif telah merosakkan reputasi mereka berdua sehingga menyebabkan ketegangan hubungan rakyat dan pihak-pihak antarabangsa.
Pihak plaintif sehubungan itu antaranya menuntut supaya Kor Ming yang dinamakan sebagai defendan membayar ganti rugi am, ganti rugi tambahan, ganti rugi teladan, injunksi, membuat permohonan maaf secara bertulis dan menarik balik perkataan tersebut.
Pernyataan tuntutan berkenaan diperoleh pihak media hari ini manakala pengurusan kes itu ditetapkan pada 10 Julai ini. - UTUSAN ONLINE