BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Naikkan harga minyak 44%!!!

zack2terer

Legendary Member
gem
Messages
13,627
Joined
Dec 11, 2007
Messages
13,627
Reaction score
193
Points
123
Naikkan harga minyak 44%

JAKARTA 31 Jan. - Naib Menteri Tenaga Indonesia, Widjajono Partowidagdo berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan harga minyak sehingga 44 peratus pada tahun ini.

Menurut beliau, tindakan itu diambil bagi mengurangkan beban kerajaan yang menanggung subsidi tinggi dan menumpukan kepada pembangunan infrastruktur.

"Idea itu telah mendapat sokongan daripada orang awam, ahli akademik, ahli perniagaan dan beberapa penggubal undang-undang," tambah Widjajono.

Namun di Indonesia, sebarang kenaikan harga minyak memerlukan perubahan dalam undang-undang dan kelulusan Parlimen serta Presiden.

Beberapa penggubal undang-undang turut menentangnya kerana bimbang akan melonjakkan inflasi serta menyebabkan ketegangan sosial.

Harga minyak subsidi di Indonesia pada ketika ini ialah 4,500 rupiah (RM1.52) seliter, hampir separuh daripada harga sebenar dan antara terendah di Asia.

Kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak 161.8 trilion rupiah (RM55 bilion) setahun dan pakar ekonomi berpendapat, lebih baik wang itu digunakan untuk memperbaiki infrastruktur yang teruk di negara ini.

"Kami akan meningkatkan harga minyak antara 1,000 hingga 2,000 rupiah (34 sen hingga 68 sen) tahun ini. Namun peningkatan itu akan dibincangkan terlebih dahulu di Parlimen," kata Widjajono. - REUTERS


Sumber
 
gilos ...murah lagi...naik pun naik la...
 
indon pun guna ayat masih murah dari negara lain...ekeke
 
minyak petrol naik...takperlah..

yg haku hangin satu bdn....dah 10 kedai runcit aku pi hari ni carik minyak masak..semua takdaaa...

pasar malam pun takda jual..malas nak panjat giant tesco plk..sana sure ade..tp minyak botol..klu minyak paket kecik 1kg tu mmg susah nk carik....:(scam:(scam
 
Harga minyak subsidi di Indonesia pada ketika ini ialah 4,500 rupiah (RM1.52) seliter, hampir separuh daripada harga sebenar dan antara terendah di Asia.
laa utusan ni. dulu kata myk indon lagi mahal. ni dah lain lak
 
laa utusan ni. dulu kata myk indon lagi mahal. ni dah lain lak

dia kan kata minyak indon antara yg terendah di asia...

minyak kat mesia yg paling rendah di dunia... lain tu pak aji :D
 
kalau Malaysia nak naikkan harga minyak ..silakan ..

RM5 seliter pun aku terima

tapi ....

sila turunkan harga kete import ya !
 
kalau Malaysia nak naikkan harga minyak ..silakan ..

RM5 seliter pun aku terima

tapi ....

sila turunkan harga kete import ya !

Tak semua orang dapat manfaat camni bro..
 
Back
Top
Log in Register