BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga Minyak Naik Akibat Krisis, Anwar Tegur Tindakan Politikkan Isu Minyak

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
bcd646017d9178b3a90f4bb76401ab4269bd08f984c98

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada program santai akhir Ramadan bersama pimpinan komuniti Permatang Pauh di Bukit Mertajam hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur tindakan segelintir pihak yang mengambil kesempatan mempolitikkan isu kenaikan harga minyak global meskipun krisis itu berpunca daripada konflik antarabangsa yang di luar kawalan negara.

Beliau berkata dalam keadaan dunia berdepan ketegangan geopolitik melibatkan serangan dan krisis Asia Barat, terdapat pihak yang terus menyalahkan kerajaan tanpa memahami realiti sebenar situasi global.

“Ada orang guna kesempatan ini dalam keadaan ekonomi jatuh, minyak tersekat. Bukan salah kita, tetapi masih ada lagi beberapa orang pembangkang maki hamun kita dalam keadaan sekarang.

“Dunia politik ini perlu terkawal dan sepatutnya semua pakat mencari penyelesaian,” katanya ketika berucap pada Santai Akhir Ramadan Bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, di sini hari ini.

Beliau berkata ketegangan yang semakin memuncak termasuk serangan melibatkan Iran serta tindakan balas menggunakan peluru berpandu dan dron telah menjejaskan kemudahan serta laluan minyak dan gas termasuk di Selat Hormuz, sekali gus menyebabkan harga minyak dunia meningkat mendadak.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan bahawa kerajaan tetap mengekalkan harga bahan api pada kadar terkawal demi melindungi rakyat, walaupun banyak negara lain telah menaikkan harga.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan juga telah mengadakan mesyuarat khas Kabinet bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membincangkan langkah menangani kesan ekonomi dan keselamatan negara.

Perbincangan dengan Petronas juga telah diadakan untuk memastikan bekalan minyak dan gas mencukupi, dengan jangkaan minyak mampu bertahan sehingga Mei ini.

Sementara itu, Anwar berkata Malaysia turut dihubungi beberapa pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri India Narendra Modi dan pemimpin rantau ASEAN bagi membincangkan usaha meredakan ketegangan.

 

KRISIS MINYAK DIESEL RM4.72 PER LITRE: MP HULU SELANGOR DESAK SIDANG KHAS PARLIMEN?​

krisis minyak diesel melambung tanpa penjelasan tuntas Kerajaan Madani Anwar Ibrahim. Apakah implikasi kelak kepada rakyat Malaysia dan dunia akibat krisis peperangan Iran USA dan ISr4HELL?

 
Back
Top
Log in Register