BTC USD 85,272.8 Gold USD 4,330.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Naik tingkatan 4 mesti lulus PMR

untuk pengetahuan tuan, sekolah vokey bukan sekolah utk budak2 gagal.....

sedih sungguh sekolah vokey begitu sinonim dengan budak2 xpandai......

ye betul.. sekolah vokay ni bagi pendapat kawan adalah sekolah untuk murid2 yang hendakkan kelainan dalam bidang pelajarannya... cenderung kepada ilmu teknikal.. :)paid

p/s- kawan asal vokay gak :D
 
ye betul.. sekolah vokay ni bagi pendapat kawan adalah sekolah untuk murid2 yang hendakkan kelainan dalam bidang pelajarannya... cenderung kepada ilmu teknikal.. :)paid

p/s- kawan asal vokay gak :D

vokay pown okay per? ramai gak dpt masuk ipta...
 
mmm..sistem srp dulu lagi efektif...dan kewujudan sekolah vokasional dan juga sekolah teknik..memang sistem dahulu lebih berkesan, pentingkan kualiti bukan kuantiti...
 
mmm..sistem srp dulu lagi efektif...dan kewujudan sekolah vokasional dan juga sekolah teknik..memang sistem dahulu lebih berkesan, pentingkan kualiti bukan kuantiti...

aku setuju..baru la ada kualiti sikit.:)
 
terima kasih kerana sedih dengan pemikiran saya....

terima kasih kerana menganggap saya pandai buat lawak...

terima kasih juga kerana tuan mengetahui saya berfikiran negatif(berdasarkan ayat tuan la)

ish3x.. vokey lagi better kalo budak2 yg kurang pandai..

nways, mmg sekolah vokey dibuat utk golongan tersebuttt..
 
Kaji dasar naik tingkatan empat

dari ruangan forum Utusan Malaysia

SAYA merujuk kepada tulisan Lukman Moidin yang disiarkan dalam ruangan ini pada 21 Ogos 2009. Ia antara lain menyentuh mengenai sistem pendidikan sekarang yang memberikan kenaikan pelajar ke tingkatan empat sekali pun gagal dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Saya bukanlah seorang guru tetapi bapa kepada lima orang anak. Saya menghormati dasar pendidikan yang meletakkan syarat semua pelajar sekolah mendapat pendidikan secara formal sehingga ke tingkatan lima. Setelah dasar berjalan sekian lama, saya melihat ia mempunyai banyak kekurangan berbanding kelebihan dalam jangka panjang.

Saya telah membuat kajian mengenai pencapaian keputusan peperiksaan PMR di sebuah sekolah. Apa yang mendukacitakan, pelajar-pelajar yang hanya lulus satu daripada tujuh atau lapan mata pelajaran turut layak naik ke tingkatan empat.

Sedar atau tidak, pendidikan kini sedang berhadapan dengan lambakan kuantiti pelajar di sekolah-sekolah tetapi kurang daripada segi kualiti. Pelajar-pelajar yang tidak berminat untuk bersekolah seolah-olah terpaksa pergi ke sekolah.

Sekiranya pelajar-pelajar ini tidak lagi berminat untuk ke sekolah, persoalan yang timbul ialah bagaimana untuk mereka menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru?

Pelbagai kaedah pengajaran telah dilakukan untuk menarik minat mereka untuk belajar, tetapi semuanya tidak berkesan. Mengikut pepatah, seseorang boleh membawa kuda ke sungai, tetapi tidak boleh memaksa kuda itu minum air.

Tidak dinafikan terdapat pelajar yang menunjukkan perubahan yang positif apabila berada di tingkatan empat disebabkan tahap kematangan yang semakin meningkat.

Bagaimanapun, bilangan ini adalah kecil berbanding mereka yang bermasalah kerana tiada matlamat yang jelas untuk masa depan mereka.

Bagi guru-guru pula, mereka terpaksa berhadapan dengan kekangan masa untuk mengajar. Ini disebabkan sebahagian besar masa terpaksa diperuntukkan untuk mendisiplinkan pelajar-pelajar yang bermasalah.

Sekolah seolah-olah telah menjadi tempat sebagai nursery kepada pelajar-pelajar ini. Seterusnya pelajar yang bermasalah ini akan menjadi seperti ‘barah’ yang boleh menjangkiti pelajar-pelajar yang ‘sihat’ pada asalnya.

Kebiasaannya mereka hanya akan sedar untuk belajar menjelang saat-saat akhir peperiksaan SPM, sayangnya ia sudah terlewat.

Apabila pelajar-pelajar ini kecundang dalam peperiksaan SPM, mereka akan berhadapan dengan masalah untuk melanjutkan pengajian, mahu pun untuk mendapatkan pekerjaan.

Lebih malang lagi, terdapat golongan ini yang terlalu memilih pekerjaan dan menggelarkan diri mereka sebagai penganggur terhormat. Keadaan ini boleh mendedahkan diri mereka kepada gejala sosial seperti lepak, merempit dan juga jenayah.

Pada pandangan saya, tidak ada ruginya kita menoleh ke belakang. Saya masih ingat pada tahun 1979, ketika saya masuk ke tingkatan tiga. Syarat lulus peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) adalah ketat untuk naik ke tingkatan empat.

Walaupun saya bukannya dari sekolah yang ternama, saya melihat rakan-rakan saya termasuk yang kelas ‘hujung’, sejak dari awal tingkatan tiga lagi telah merasakan tekanan dan melihat kepentingan untuk lulus peperiksaan SRP.

Ini disebabkan kita tidak mahu mengulangi tingkatan tiga sekiranya gagal SRP. Seharusnya kualiti pendidikan seperti ini sekurang-kurangnya dikekalkan pada masa kini.

SRP merupakan tapisan penting untuk memisahkan mereka yang benar-benar mahu belajar.

Mereka yang lulus SRP dapat belajar dengan selesa di tingkatan empat dan seterusnya dapat membuat persediaan lebih awal untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengalaman terhadap tekanan untuk menghadapi SRP adalah amat penting bagi persediaan mental dan menyediakan strategi awal pembelajaran untuk menghadapi SPM.

Saya berpendapat, sistem SRP merupakan satu kaedah ‘kawalan kualiti’. Sistem seperti ini perlu diwujudkan kembali bukan sahaja untuk menyediakan pelajar-pelajar kepada persekitaran pembelajaran yang lebih mencabar di masa hadapan, malah mendorong para pelajar ini agar lebih memahami nilai kepentingan pendidikan untuk masa depan.

Kita membelanjakan jutaan Ringgit untuk menampung kos pelajar-pelajar yang tidak minat belajar supaya terus berada di sekolah untuk tingkatan empat dan lima.

Mengapa tidak diadakan satu sistem di mana pelajar-pelajar ini diberi pilihan sama ada untuk mengulangi tingkatan tiga atau mengambil bidang vokasional atau diberi latihan bagi persiapan di sektor pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran mereka.

Negara kita kehilangan aliran keluar berbilion Ringgit tukaran wang asing berikutan kita mempunyai hampir tiga juta pekerja asing. Kita berkemampuan menyediakan pekerja mahir daripada kalangan rakyat tempatan.

Oleh yang demikian, saya merayu kepada pembuat dasar, agar dasar pendidikan yang sedia ada perlu dikaji semula demi untuk masa depan negara bagi mencapai matlamat 1Malaysia di mana rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.


MOHD. SHARUJI
Kuala Lumpur">
 
ish3x.. vokey lagi better kalo budak2 yg kurang pandai..

nways, mmg sekolah vokey dibuat utk golongan tersebuttt..

uik, kawan aq bnyk 8a smua lari p teknik coz dorang p sne atas dasar mnt kpade kemahiran teknikal..
 
uik, kawan aq bnyk 8a smua lari p teknik coz dorang p sne atas dasar mnt kpade kemahiran teknikal..

teknikal dan vokey x same..

aku dlu 7a pun pi teknik..


tp bleh beza la perangai dak teknik ngan vokey...

mungkin ada 2 3 kerat kot la yg mmg cmerlang akademk ttp nak g vokey..

aku buat perbandingan keseluruhan...




vokey yg paling menyampah aku perangai budak2 nye yg ambil solekan ngan kecantikan.... huhu...
 
ish3x.. vokey lagi better kalo budak2 yg kurang pandai..

nways, mmg sekolah vokey dibuat utk golongan tersebuttt..

hurm, maknanya kalau golongan bijak pandai masuk vokey, tak better la yer....:)
 
Elak lambakan di tingkatan 4

Dari ruangan forum Utusan Malaysia...

SAYA ingin mengulas cadangan agar Kementerian Pelajaran mengkaji dasar pelajar yang naik ke tingkatan empat. Saya sangat bersetuju sekiranya cadangan tersebut dilaksanakan. Kerajaan seharusnya menambah baik sistem peperiksaan pada hari ini demi meningkatkan mutu pendidikan negara.

Kebanyakan pelajar tingkatan tiga pada hari ini mengambil sikap sambil lewa untuk menghadapi peperiksaan kerana mereka merasakan walaupun gagal, mereka tetap meneruskan persekolahan seperti biasa. Pelajar-pelajar seperti ini sebenarnya menimbulkan bermacam-macam masalah dan beban kepada pihak sekolah, sekali gus mengganggu dan mempengaruhi pelajar-pelajar lain yang mempunyai keinginan untuk belajar.

Mengingat kembali sistem peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) yang dijalankan beberapa tahun dahulu, kebanyakan pelajar dapat merasakan bahang peperiksaan itu. Ibu bapa serta pelajar mengambil berat tentang pelajaran kerana khuatir akan gagal dan tidak dapat menyambung pelajaran ke tingkatan empat.

Saya teringat kepada rakan lama yang menangis sepanjang hari kerana gagal naik ke tingkatan empat. Namun pada peperiksaan yang kedua, dia tersenyum gembira kerana berjaya seperti rakan-rakan yang lain. Pada hari ini, suasana seperti itu sudah tidak wujud di kalangan pelajar. Senario ini menyebabkan lambakan pelajar yang tidak berminat untuk belajar, membuang masa selama dua tahun dan terlibat dengan pelbagai kesalahan disiplin di sekolah.

Kerajaan sepatutnya mengambil pendekatan bijak untuk meningkatkan mutu pendidikan negara, sekali gus melahirkan modal insan yang berkualiti. Walaupun hasrat kerajaan untuk memberi pendidikan percuma kepada rakyat dari tujuh tahun hingga 17 tahun wajar dipuji, para pelajar yang lemah dalam pelajaran perlu diberi peluang dan digilap dalam bidang lain.

Kemasukan pelajar-pelajar ke institusi kemahiran, kolej komuniti dan sebagainya perlu dihebahkan dan dipromosikan di sekolah-sekolah. Ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini juga boleh dipanggil dan diberi taklimat khas berkaitan masa depan anak mereka. Pada masa ini, iklan-iklan tawaran memasuki institusi kemahiran dihebahkan di akhbar-akhbar sahaja, ramai ibu bapa dan pelajar tidak mendapat maklumat yang sebenar.

Melalui sistem peperiksaan yang baru, dicadangkan agar subjek Bahasa Melayu diwajibkan lulus bagi semua pelajar beserta dua mata pelajaran yang lain. Pelajar-pelajar yang gagal dalam peperiksaan di tingkatan tiga boleh diberi peluang untuk mengulang semula peperiksaan jika mereka berminat atau memberi peluang kepada mereka untuk ke institut kemahiran dan vokasional yang disediakan.

Pihak yang terlibat dengan institusi kemahiran ini boleh turun padang ke sekolah-sekolah untuk menarik minat pelajar ini di samping memberi pendedahan dan maklumat kepada mereka. Guru-guru pula bertindak mengenal pasti pelajar-pelajar yang boleh diserapkan ke institusi kemahiran ini. Sekurang-kurangnya tempoh dua tahun dapat memberi manfaat kepada para pelajar ini untuk mempelajari pelbagai kemahiran yang ada.

Pembinaan institusi atau sekolah-sekolah kemahiran perlu ditambah di daerah-daerah di seluruh negara. Di sini mereka boleh mengadakan kerjasama dengan pihak swasta atau peniaga-peniaga luar untuk mendedahkan pelajar-pelajar kepada realiti pekerjaan yang sebenar. Ini dapat meningkatkan kemahiran sedia ada di samping mencari sumber pendapatan tambahan. Para pelajar ini juga boleh memilih dua atau tiga bidang kemahiran sepanjang dua tahun belajar di institusi ini.

Sekiranya kita melihat kehidupan masyarakat Cina di negara ini, rata-rata mereka tidak akan memaksa anak untuk belajar jika mereka tahu anaknya lemah dalam pelajaran. Sebaliknya mereka akan menyuruh anak- anak bekerja di kedai-kedai atau menimba kemahiran dengan orang lain. Usaha mereka ini kebanyakannya memberi manfaat kepada masa depan anak mereka. Diharap kerajaan dapat mengambil langkah yang bijak untuk memperkasakan sistem pendidikan negara kita.


Seremban, Negeri Sembilan">
 
Back
Top
Log in Register