Nahas maut: PLUS cuci tangan?

CG Sponsors




AMICO66

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
9,629
Reaction score
258
Points
91
DARI RUANGAN FORUM UTUSAN MALAYSIA

KEMALANGAN di Lebuh Raya Utara-Selatan yang mengorbankan Ketua Penolong Pengarah (Siasatan II) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd. Hazam Abdul Halim baru-baru ini adalah cerita duka yang berlaku hampir setiap hari.

Saban hari, ada sahaja kemalangan maut berlaku, tetapi kemalangan yang menimpa Allahyarham membuatkan saya tertanya-tanya - apa peranan yang sepatutnya dimainkan oleh PLUS Expressway Bhd. (PLUS) untuk mengelakkan ia daripada berlaku.

Banyak pihak yang meratapi pemergian Allahyarham, khususnya ahli keluarga beliau - apakah PLUS sedikitpun tidak tergerak untuk menunjukkan rasa simpati atau menyatakan sesuatu sebagai memperlihatkan rasa bertanggungjawab syarikat itu dengan apa yang berlaku?

Tragedi itu berlaku apabila kereta yang dipandu pemandu Allahyarham dikatakan terlanggar belakang sebuah lori treler yang berhenti di lorong kecemasan.

Tentunya ini bukan kes pertama seumpama itu berlaku di lebuh raya tersebut. Dua kemalangan bas ekspres yang mengorbankan ramai penumpang tidak lama dulu disebabkan oleh besi penghadang jalan yang menusuk ke badan bas di lebuh raya itu. PLUS langsung berdiam diri daripada membuat sebarang kenyataan.

Mungkin punca kemalangan itu kerana faktor lain seperti kecuaian dan sebagainya. Tak apalah, biarlah, saya serahkan semua itu kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

Persoalan saya, kenapa treler itu dibiarkan diletakkan di lorong kecemasan itu - ia tidak sepatutnya dibenarkan diletak di situ terutama pada waktu malam kerana boleh mengundang bahaya kepada kenderaan lain.

Di mana PLUS ketika itu? PLUS dikatakan mempunyai unit rondaannya sendiri, kamera kawalan di persimpangan lebuh raya untuk menyelia keselamatan lebuh raya kendaliannya?

Saya kecewa kenapa apabila berlaku kemalangan, pihak yang bertanggungjawab mengawal selia lebuh raya itu tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sebagai menyatakan keprihatinan syarikat tersebut dengan apa yang berlaku.

Sikap diam PLUS itu menunjukkan seolah-olah kemalangan yang berlaku tiada kena mengena langsung dengan mereka dan bukan tanggungjawab syarikat konsesi itu.

Sedangkan syarikat konsesi tersebut yang menyelenggara lebuh raya tersebut dan pengguna lebuh raya pula membayar tol untuk melalui lebuh raya tersebut. Justeru, sepatutnya PLUS memastikan keselamatan mereka terjamin.

Faktor yang boleh menyebabkan kemalangan seperti kenderaan diletakkan di lorong kecemasan, jalan rosak, tanda amaran tak jelas dan sebagainya perlu sentiasa diberi keutamaan.

Mereka yang melalui lebuh raya itu membayar tol. Justeru sepatutnya keselamatan mereka dijamin oleh pihak PLUS.

Syarikat konsesi itu tidak sepatutnya bertindak seperti lepas tangan apabila berlaku kemalangan.

Apalah salahnya jika pihak PLUS sekurang-kurangnya mengeluarkan kenyataan - pihaknya prihatin dengan apa yang berlaku dan akan meneliti aspek-aspek yang boleh diberi penambahbaikan untuk memastikan kejadian sama tidak berulang.

Tidak dinafikan banyak yang PLUS lakukan untuk mengurangkan kadar kemalangan seperti mengemukakan jadual perjalanan semasa musim perayaan, membaik pulih jalan dan sebagainya.

Apa pun, dengan rekod keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.187 bilion bagi tempoh sembilan bulan yang berakhir 30 September 2009 yang diperoleh PLUS, kita tentunya mengharapkan sesuatu yang ekstra daripada syarikat itu dalam memastikan keselamatan pengguna. Sepatutnya PLUS memberi caruman insurans nyawa kepada setiap penggunanya yang menggunakan lebuh raya itu.

Ini kerana peningkatan perolehan syarikat itu tentu sekali ada kaitannya dengan pertumbuhan trafik di lebuh raya itu selain kenaikan kadar tol.

Diharapkan PLUS lebih sensitif dalam hal ini. Biarlah para pengguna merasakan syarikat konsesi itu ‘dekat’ dengan mereka.

ISKANDAR JOHARI

Pengguna Lebuh Raya PLUS

ada kebenaran juga dari luahan di atas tu!!...Yang paling aku tabik ialah pengendalian tandas kat lebuhraya...:)
 
Sponsored Post

jejantas

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
919
Points
161
Jenuh ler PLUS kalo nak beri sumbangan setiap kemalangan di Lebuhraya mereka.... isu ini dibangkitkan setelah seorang Pegawai Polis Kemalangan????
 

sureheboh.com

Passed Away
Platinum Member
Joined
Jan 17, 2007
Messages
18,961
Reaction score
308
Points
131
Alfatihah utk arwah.

Cuba yang kena tu cuma orang biasa² je - agak²nya keluar tak statement macam ni.

Apa punya ayatlah ni.
Mereka yang melalui lebuh raya itu membayar tol. Justeru sepatutnya keselamatan mereka dijamin oleh pihak PLUS.
 
Last edited:

faizal_bulat

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Aug 29, 2008
Messages
3,920
Reaction score
164
Points
33
Sepatutnye plus bole beli heli dah.. untung byk.. kalu ada apa2 eksiden senang.. nk tunggu ambulan pun kdg2 highway jem.. At least timeframe tu dapat la dipendekkan..
 

S.Y.E.D

Banned
Joined
Jun 6, 2008
Messages
18,685
Reaction score
588
Points
161
HEWay xder LAMPU jalan.. tu pasal Xcident jer hari hari...
 

zuljaalaa

Legendary Member
Joined
Jun 3, 2006
Messages
11,879
Reaction score
49
Points
125
banyak kali aku terjumpa tayar tengah jalan..
pernah sekali tu siap terlanggar lagi tayar lori tu.. sib baik takde sekali ngan rim.. itu pon habis pecah fog lamp kereta aku.. baru beli seminggu lak tue.. bukan kete aku sorg je yang langgar, sebelum tu pon dah ada 3 keta langgar.. lepas aku tu ada kete lain lak langgar.. kawasan tu gelap mane lah nak nampak.. PLUS ni tak check jalan ke?
 

clorox_bersih

Legendary Member
Joined
Jul 2, 2008
Messages
18,906
Reaction score
43
Points
120
HEWay xder LAMPU jalan.. tu pasal Xcident jer hari hari...
tu la pasal..nak2 yang naik motor malam2..bukan la sesuka nak balik
or travel malam2,dah kadang2 emergency case..kene la redah gak..
erm...
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
655
Points
161
ada betulnya juga komen Iskandar tu....
 

katsumoto

Active Member
Joined
Oct 21, 2006
Messages
1,783
Reaction score
38
Points
30
lebuhraya kita setaraf dengan lebuhraya dunia ke-3 danlebuhraya negara2 afrika, tak ada lampu jalan, apa gunanya bayar tol tapi highway takde lampu jalan
 

notrexdame

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
pengarah mati,baru bising?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register