Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,777
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,777
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Usahawan ukiran kayu hasil bimbingan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Hamizah Hassan, 36, sibuk menyiapkan ukirannya ketika ditemui di bengkel kayunya di Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis.
NADI bukan sekadar berperanan merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar, malah turut membantu usahawan meningkatkan pendapatan menerusi bimbingan kemahiran mengendalikan platform media sosial dengan lebih efektif.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Dari bengkel ke platform digital, daripada pelanggan setempat ke tempahan diraja, itu tranformasi yang dilalui oleh usahawan perusahaan kecil dan sederhana di Perlis yang kini melangkah yakin dalam dunia perniagaan digital hasil bimbingan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
Rata-rata usahawan yang ditemui Bernama menzahirkan kegembiraan apabila usaha mereka menyertai pelbagai latihan dan bimbingan berkaitan pemasaran digital disediakan NADI kini membuahkan hasil.
Bagi usahawan ukiran kayu Hamizah Hassan, 36, yang menyewa bengkel di Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis, Kuala Perlis dekat sini, pada mulanya beliau tidak yakin untuk menggunakan platform media sosial bagi memasarkan produk yang dihasilkannya dan lebih selesa menjualnya dengan kaedah konvensional.
“Sejak mula beroperasi membuat ukiran kayu di bengkel ini dari 2013 hingga 2017, saya biasanya menjual produk ukiran kayu ini secara fizikal dan bersemuka daripada satu pelanggan kepada pelanggan lain. Bagaimanapun pada 2018, saya mula menjualnya secara dalam talian setelah menyertai kursus berkaitan pemasaran digital yang dikendalikan oleh platform e-dagang.
“Saya fokus menjual produk ukiran kayu ini di platform berkenaan selama enam bulan sahaja sebab tidak boleh nak kawal permintaan tinggi ketika itu. Selepas itu saya lebih selesa memasarkan dan mempromosikan ukiran saya ini dalam halaman Facebook ‘Embun Warisan Kayu’,” katanya.
Beliau yang mempunyai Diploma Seni Kraf Kayu berkata ilmu dan kemahiran berkaitan teknik mempromosikan produk secara dalam talian yang dipelajari menerusi platform e-dagang itu terus dipraktikkan sehingga kini yang berjaya menambah jualan tehadap produk-produknya.
Hamizah yang masih menggunakan bengkel itu untuk menghasilkan produk ukiran kayunya sehingga kini berkata pelanggannya kini bukan hanya dari Perlis tetapi seluruh negara dan yang paling istimewa ukiran kayu hasil tangannya juga pernah ditempah Kerabat Diraja Perlis.
Sementara itu, usahawan percetakan dan reka bentuk grafik dari Felda Chuping dekat Padang Besar Nurhazirah Hussin, 34, berkata kursus disediakan pihak NADI Felda Chuping banyak membantunya meningkatkan keyakinan dan kemahiran menggunakan medium dalam talian untuk menjual produknya.
Nurhazirah mengenali perkhidmatan NADI itu pada akhir 2023 sebelum mula aktif menyertai kursus dan bimbingan usahawan oleh NADI berkenaan setahun selepas itu dengan menyertai kursus berkaitan fotografi serta pengurusan kewangan.
NADI Bantu Usahawan Kampung Kuasai Pasaran Digital
NADI, usahawan, keyakinan, media sosial, ukiran ka