Nabi Musa a.s.

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
287,395
Reaction score
11,963
Points
2,376
Nabi Yusuf (Yūsuf):57 - Dan sesungguhnya pahala di akhirat itu lebih baik, bagi orang-orang yang beriman dan selalu bertakwa
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
287,395
Reaction score
11,963
Points
2,376
Memperjalankan di waktu malam (Al-'Isrā'):72 - Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
287,395
Reaction score
11,963
Points
2,376
Haji (Al-Ĥaj):1 - Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat)
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
287,395
Reaction score
11,963
Points
2,376
Semut (An-Naml):4 - Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada negeri akhirat, Kami jadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka, maka mereka bergelimang (dalam kesesatan)
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
287,395
Reaction score
11,963
Points
2,376
Keluarga 'Imran ('Āli `Imrān):14 - Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
287,395
Reaction score
11,963
Points
2,376
Harta rampasan perang (Al-'Anfāl):74 - Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki (nikmat) yang mulia
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
287,395
Reaction score
11,963
Points
2,376
Guruh (Ar-Ra`d):8 - Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, dan kandungan rahim yang kurang sempurna dan yang bertambah. Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
287,395
Reaction score
11,963
Points
2,376
Nama: Musa bin Imran, nama Ibunya Yukabad atau Yuhanaz Bilzal
Isterinya: Shafura binti Syu’aib A.S
Keturunan: Adam A.S ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris A.S ⇒ Matisyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh A.S ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim A.S ⇒ Ishaq A.S ⇒ Ya’qub A.S ⇒ Lawi ⇒ Azar ⇒ Qahats ⇒ Imran ⇒ Musa A.S
Usia: 120 tahun
Tempoh sejarah: 1527-1407 SM
Tempat diutuskan: Sinai di Mesir
Jumlah keturunannya: 2 orang anak iaitu Azir dan Jarsyun
Tempat wafat: Gunung Nebo (Bukit Nabu’) di Jordan
Sebutan kaumnya: Bani Israel dan Fir’aun (gelaran untuk Raja Mesir)
Sebutan nama baginda di dalam Al-Quran: 136 kali
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
287,395
Reaction score
11,963
Points
2,376
FB_IMG_1589734643003.jpg

Tempat di mana Nabi Musa meninggal ??

#Cikwin 🥀🌷🌹💐
⏰ 9:43 PM
📆 9 Mei 2020

Gunung Nebo (Bahasa Ibrani: הַר נְבוֹ, Har Nəvō, Arab: جبل نيبو, Jabal Nībū) adalah rabung tinggi yang terletak sekitar 817 meter (2680 kaki) di atas permukaan laut, di kawasan yang sekarang terletak di barat Jordan. Pemandangan dari puncak memberikan panorama Tanah Suci.

Menurut bab terakhir Ulangan, Gunung Nebo adalah tempat nabi Ibrani Musa diberi pandangan tentang tanah yang dijanjikan yang Tuhan berikan kepada orang Ibrani.Nabi Musa naik dari dataran Moab ke Gunung Nebo, puncak Pisgah, yang bertentangan dengan Yerikho." (Ulangan 34: 1).

Para sarjana terus mempertikaikan apakah gunung yang saat ini dikenal sebagai Nebo sama dengan gunung yang disebut dalam Taurat.

Arca Salib Sepertin dibawah iaitu ( Monumen serpihan Brazen ) terletak di atas gunung Nebo yang dihasilkan oleh seniman Itali Giovanni Fatoni. Arca salib yang melambangkan Ular Tembaga milik kepunyaan Nabi Musa dan dikatakan tempat ini juga adalah tempat dimana Nabi Isa telah disalibkan ( Yohanes 3:14 ).
Menurut tradisi Yahudi dan Kristian, Musa dikuburkan di gunung ini oleh Tuhan sendiri.

Pada 19 mac 2000, Paus yohanes paulus II pernah menziarahi tempat tersebut (Gunung Nebo )yang kini menjadi salah satu tempat kristiani terpenting di jordan. Semasa lawatannya dia menanam pohon zaitun disamping kapel bizantium sebagai simbol kedamaian.

Winda A

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
287,395
Reaction score
11,963
Points
2,376
SIRI PARA ANBIYA: NABI MUSA DENGAN NEBWENENEF

Nabi Musa a.s merupakan anak ketiga dari perkongsian hidup Imran bin Yishar bin Qahit bin Nabi Lawi bin Nabi Yaaqub bin Nabi Ishaq bin Nabi Ibrahim dengan isterinya yang bernama Yukabid binti Qahith bin Nabi Lawi.

Kelahiran Nabi Musa disembunyikan daripada pengetahuan sesiapa dan diselamatkan oleh Allah Taala daripada dibunuh. Sebelum kelahiran beliau, seorang Imam Besar bagi Tuhan Amun merangkap Nabi Palsu yang bernama Nebwenenef telah meramalkan tentang kelahiran beliau. Perkara tersebut telah disokong oleh Nabi-Nabi Palsu lain seperti Hori dan Paser.

Nebwenenef dikatakan lahir ketika pemerintahan Firaun Seti I bin Rameses I dan meningkat dewasa, Nebwenenef telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Takhat dan hasil perkongsian hidup, maka lahirlah anak lelaki bernama Sementawy (menjadi Imam Besar Tuhan Hathor) dan seorang anak perempuan bernama Hathor.

Setelah itu, Nebwenenef telah dilantik menjadi Imam Besar Tuhan Anhur di Thinis dan Imam Besar Tuhan Hathor di Dendera ketika zaman pemerintahan Firaun Sethi I. Setelah Firaun Sethi I mati, anaknya yang bernama Rameses II menaiki takhta Kerajaan Mesir. Oleh kerana Nebwenenef banyak berjasa pada negara Mesir, Rameses II telah melantik Nebwenenef menjadi Imam Besar bagi Tuhan Amun serta merangkap Nabi.

Ramalan kelahiran Nabi Musa telah sampai ke pengetahuan Firaun Rameses II sehingga baginda memutuskan agar setiap bayi lelaki kaum Bani Israil dibunuh. Allah Taala lagi Maha Mengetahui lalu menyelamatkan Nabi Musa dari dibunuh. Ibunya telah meletakkan beliau di dalam peti lalu dihanyutkan ke dalam Sungai Nil sehingga sampai di perkarangan permandian istana.

Peti itu telah dijumpai oleh Asiah (Isinofret), isteri Firaun Rameses II. Ketika dibukanya peti tersebut, Asiah (Isinofret) menjadi terkejut kerana mendapati ada seorang bayi lelaki di dalam peti tersebut.

Dengan sifat keibuan, Asiah (Isinofret) mengambilnya dan memberitahu suaminya bahawa dia ingin membela bayi tersebut. Pada mulanya Firaun Rameses II tidak setuju dan atas pujuk rayu Asiah (Isinofret), akhirnya baginda akur.

Nabi Musa dijaga dan dididik dengan penuh kasih sayang. Meningkat dewasa, Nabi Musa selalu dimuliakan oleh rakyat Mesir disebabkan kerana beliau anak angkat Firaun Rameses II. Hal itu membuatkan hati Imam Besar Nebwenenef tidak berasa tenang.

Ditakdirkan oleh Allah Taala, pada suatu hari, Nabi Musa terjumpa dua orang sedang berkelahi antara orang Mesir dengan orang Kaum Bani Israil. Untuk meleraikan perkelahian itu, Nabi Musa menampar pipi orang Mesir sehingga mati. Hal itu telah membuatkan Nabi Musa melarikan diri ke Madyan dan berkhidmat disana selama 10 tahun.

Cukup tempohnya, Nabi Musa meminta izin daripada bapa mertuanya Nabi Syuaib untuk pulang ke Mesir bersama isterinya Safura dan dua orang anaknya Gershon dan Eleazar. Ketika melalui Bukit Thursina, beliau telah dipanggil oleh Allah Taala dan dilantik menjadi Rasul. Lantikan itu terjadi di atas puncak Bukit Thursina. Selain beliau, Allah Taala telah melantik abangnya Harun menjadi Rasul bagi membantunya dalam menyeru manusia ke jalan Allah.

Sesampai beliau di Mesir, beliau mencari abangnya dan memberitahu hal perlantikan tersebut. Pada waktu yang sesuai, beliau bersama abangnya, Harun menjalankan kewajipan sebagai Rasul untuk mengajak manusia beriman kepada Allah. Maka gemparlah seluruh warga kota mengatakan bahawa Musa anak Rameses II membawa ajaran baru.

Hal itu sampai ke pengetahuan Imam Besar Nebwenenef, Hori, Paser dan Firaun Rameses II. Dalam hati baginda, segala mimpi yang dialami sebelum ini akan menjadi kenyataan. Selaku ketua Imam, Nebwenenef pun menuju ke kota lalu menyampaikan risalah palsu kepada rakyat Mesir. Menurutnya, segala apa yang disampaikan oleh Nabi Musa adalah dusta belaka. Tidak ada Tuhan lain yang dapat membantu selain Tuhan Amon, Hathor dan Anubis.

Nabi Musa dengan keras menyangkal dakwaan Nebwenenef itu dan tetap menyeru manusia beriman kepada Allah Taala. Nebwenenef merasa malu dan terus menemui Firaun Rameses II. Dia mencadangkan agar baginda memanggil Nabi Musa mengadap dan menunjukkan bukti kebenaran ilmu yang dibawa olehnya.

Firaun Rameses II pun menitahkan segala ahli sihir serta para-para Nabi Palsu supaya mengadap. Nabi Musa menyahut seruan Firaun Rameses II. Setelah Nabi Musa mengadap, baginda pun menitahkan para ahli sihir dan Nabi Palsu mengeluarkan ilmu yang mereka ada. Mereka pun mengeluarkan tali dan menyeru serta memujanya. Maka berubahlah tali2 mereka menjadi ular.

Melihat kejadian itu, Nabi Musa tidak merasa gementar malah hatinya sentiasa tenang saat menghadapi sesuatu. Atas petunjuk dari Yang Maha Esa, beliau pun mencampakkan tongkatnya sehingga berubah menjadi ular besar. Ular besar tersebut pun menelan kesemua ular ahli sihir dan para Nabi Palsu. Dengan petunjuk dan mukjizat yang diberikan, maka sebilangan daripada mereka pun beriman kepada Nabi Musa.

Dengan kemenangan yang ditunjukkan oleh Nabi Musa, maka Imam Besar Nebwenenef tidak merasa puas hati lalu membuat pakatan untuk membunuh Nabi Musa. Ditakdirkan sebelum rancangan pembunuhan itu terjadi, Imam Besar Nebwenenef pun mati terkejut tanpa diketahui penyakit sebenar. Kematian Nebwenenef mengemparkan seluruh kota dan sebahagian dari mereka mengatakan semuanya berpunca dari Nabi Musa.

Ancaman dan caci makian tidak pernah membuatkan hati Nabi Musa luntur malah beliau berusaha menyiarkan risalah tauhid tanpa jemu.

#MAMR

 
Sponsored Post
Top
Log in Register