SIRI PARA ANBIYA: "NABI MUSA BIN IMRAN (SIRI 4)
Setelah para dukun dan bomoh diraja tidak dapat mengubati penyakit puterinya itu, Firaun pun memanggil tukang tilik diraja agar memberitahunya bagaimana hendak menyembuhkan penyakit puteri kesayangannya itu. Salah seorang daripada mereka pun bersuara lalu berkata: "Wahai tuanku, sesungguhnya penyakit tuan puteri Tuanku boleh dipulihkan dengan menggunakan air liur seorang bayi lelaki yang dihanyutkan ke Sungai Nil, yang akan muncul pada bulan, hari dan masa yang tertentu.
Pada hari yang ditetapkan oleh tukang tilik diraja, maka berkumpullah sekalian para menteri kerajaan, kerabat² diraja bersama Firaun dan isterinya di tepi Sungai Nil. Tidak berapa lama kemudian, Siti Asiah terpandang sebuah objek yang menyerupai seperti sebuah peti, lalu dia dan segala para datang istana berusaha untuk mendapatkannya. Peti itu pun diletakkan di hadapan Firaun lalu Firaun pun memerintahkan salah seorang pengawalnya supaya membuka peti tersebut tetapi gagal.
Melihat akan hal itu, Siti Asiah pun menghampiri peti tersebut lalu cuba membukanya. Dengan kehendak Allah, peti itu dapat dibuka dan ketika saat Siti Asiah hendak membuka keseluruhan penutup peti itu, dia telah melihat suatu cahaya yg belum pernah dilihatnya sebelum ini. Kemudian, Siti Asiah mendapati seorang bayi lelaki yg comel di dalamnya yang sedang menghisap ibu jarinya yg mengeluarkan air susu.
Semua yg hadir merasa terkejut kerana mustahil seorang bayi lelaki boleh hidup di dalam sebuah peti yg tidak mempunyai banyak udara. Di samping itu, semua yg hadir termasuk Firaun merasa sangat sayang yg tidak terhingga kepada bayi tersebut. Dengan tidak membuang masa lagi, tukang tilik diraja pun memerintahkan Firaun supaya mengambil air liur bayi itu dibahagian lelangit dan disapukan pada bahagian badan yg mempunyai sopak pada tubuh tuan puteri. Dengan izin Allah, penyakit sopak tuan puteri pun hilang dengan serta merta. Tuan puteri yg menyaksikan kejadian itu dengan segera mengangkat bahu itu lalu dipeluk dan diciumnya.
Hal itu telah membuatkan Perdana Menteri Firaun yg bernama Haman merasa cemburu lalu dia pun mendekati Firaun dan berkata: "Ampun tuanku. Sesungguhnya hamba merasa amat yakin yg bayi ini adalah bayi dari Kaum Bani Israil yg akan menjatuhkan seluruh kerajaan tuanku. Bayi ini mungkin dicampakkan oleh ibunya kerana takut dibunuh oleh tentera Tuanku". Firaun yg mempercayai kata² Haman telah memerintahkan supaya bayi itu dibunuh tetapi telah dihalang oleh Siti Asiah dan puterinya. Siti Asiah berkata: "Wahai suamiku, janganlah engkau membunuh bayi yg tidak berdosa ini. Mudah²an bayi ini akan menjadi penenang hati untukku dan untukmu. Kita jadikan ia sebagai anak angkat kita dan mudah²an memberi manfaat kepada kita".
Firaun pun berkata: "Mungkin dia akan menjadi cahaya mata untukmu tetapi untukku tidak sama sekali". Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sekiranya pada waktu itu Firaun mengatakan "Ya", pasti dia akan beriman kepada Nabi Musa dan Nabi Musa menjadi penenang hati baginya". Peristiwa ini ada tercatat di dalam al-Qur'an, Surah Al-Qashash ayat 9. Pada masa yg sama ada seorang lagi bayi yang ditemui di atas bukit yg mana bayi tersebut juga bernama Musa bin Safar (Musa Samiri). Nasib bayi ini sangat bertuah kerana yg menjumpai dan menjaganya bukanlah manusia tetapi Malaikat.
Setelah mendapat perkenan dari suaminya, Siti Asiah pun membawa bayi itu ke istana. Dengan senang hati, Siti Asiah pun memberi nama kepada bayi itu dengan nama Musa yg diambil dari kata Mut'ah (air) dan Sabar (kayu) kerana bayi itu ditemui di atas air dan di dalam peti kayu. Ketika ditemui di dalam peti, menurut sebahagian riwayat hadis, Nabi Musa ketika ditemui baru berusia empat bulan.
Dilanjutkan cerita, Siti Maryam yg ditugaskan oleh ibunya utk memerhatikan nasib adiknya sama ada hidup atau mati telah mengetahui yg adiknya telah dibawa ke istana Firaun. Dengan penuh kebimbangan, Siti Maryam pun mengekori adiknya dan sentiasa memerhatikan segala gerak geri orang² di istana. Empat bulan yg lalu, Siti Maryam melihat sendiri bagaimana ibunya menyorokkan Nabi Musa kerana takut disembelih. Sekarang Nabi Musa dibawa masuk ke istana. Walau bagaimana pun Siti Maryam tetap mengekori adiknya itu.
Selaku ibu angkat kepada Nabi Musa, Siti Asiah bertanggungjawab utk memastikan anak angkatnya dapat membesar dengan sempurna. Kehadiran Nabi Musa di dalam hidupnya membuatkan hatinya sentiasa gembira. Tetapi malang sekali Nabi Musa tidak menyusu kepada sembarangan orang. Melihat akan hal itu, Siti Asiah merasa sangat bimbang dan khuatir akan kesihatan anak angkatnya itu. Dia telah mengarahkan supaya Nabi Musa dibawa ke pasar dengan menawarkan hadiah yg sangat besar bagi sesiapa yg susunya diterima oleh Nabi Musa.
Siti Maryam yg terus mengawasi perkembangan adiknya dari jauh menghampiri mereka lalu berkata: "Bolehkah aku tunjukkan kepada kamu semua keluarga yg mungkin boleh menyusukannya?". Mereka bertanya: "Apalah engkau mengetahui siapa ibu bayi ini?". Siti Maryam menjawab: "Sesungguhnya aku tidak mengetahui siapa ibunya cuma aku ingin memperkenalkan keluarga yg baik dan rajin mengasuh anak² seperti ini utk kebaikan bersama".
Tanpa membuang masa, mereka menerima cadangan yg diberikan oleh Siti Maryam. Siti Maryam segera kembali ke rumahnya lalu memberitahu ibunya mengenai perkembangan nasib adiknya yg masih hidup dan tidak mahu menyusu kepada sembarangan org. Yukabid pun merasa sangat gembira setelah mendengar berita gembira daripada anaknya. Dengan tergesa² Yukabid menuju ke pasar dan hampir² menjerit: "Oh anakku". Andai kata Allah tidak memberikan ketabahan hati, pasti Yukabid akan menjerit dan terbongkarlah segala rahsia.
Yukabid segera menyusukan anaknya dan pada masa yg sama petugas² memberitahu Siti Asiah yg bayi itu menerima susu Yukabid. Siti Asiah segera menitahkan agar Yukabid dibawa ke istana dan meminta Yukabid agar tinggal di istana utk menyusu Nabi Musa hingga cukup tempoh yg ditetapkan.
Beberapa tahun kemudian terjadi suatu peristiwa di mana pd suatu hari ketika saat Nabi Musa ditimang oleh Firaun, dengan tidak semena² janggut Firaun yg panjang itu ditarik oleh Nabi Musa hingga tercabut beberapa helai. Hal itu telah membuatkan Firaun sangat marah lalu baginda memanggil tukang sembelih agar menyembelih Nabi Musa. Saat Nabi Musa disembelih, Siti Asiah terus berlari dan menyambar Nabi Musa dari tukang sembelih.
Hal itu membuatkan hati Firaun bertambah panas dan memberitahu Siti Asiah apa yg terjadi dan beranggapan bahawa Nabi Musa inilah yg akan membinasakan kerajaannya kelak. Siti Asiah berkata: "Sesungguhnya Musa belum pandai berfikir mana yg baik dan mana yg tidak baik. Dia melakukan perkara itu kerana dia belum mengerti. Kalau tuanku ingin mengetahuinya, marilah kita uji sama ada dia mengerti atau tidak?". Kita letak perhiasan emas atas dulang dan disampingnya pula kita letak bara api. Apabila dia mengambil perhiasan bermakna dia sudah mengerti dan bolehlah tuanku menyembelihnya tetapi sekiranya dia memilih bara api, bermakna dia belum mengerti".
Firaun pun menerima cadangan itu dan mempersiapkan semua benda. Firaun pun meletakkan Nabi Musa di samping kesemua barang yg disediakan. Pd mulanya, tangan Nabi Musa ingin mencapai perhiasan tetapi tangannya telah ditarik oleh Malaikat Jibrail supaya mengambil bara api. Nabi Musa pun mengambil bara api lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Disebabkan itu, sahlah yg Nabi Musa belum lagi mengerti mana yang baik dan yang buruk. Bara api yg dimakan oleh Nabi Musa telah membuatkan lidah Nabi Musa terbakar dan dari peristiwa itu Nabi Musa tidak dapat bertutur dengan fasih.
Sejak dari kecil, Nabi Musa tinggal di istana dan beliau telah dididik dengan penuh kasih sayang oleh Siti Asiah. Kemudian, beliau mendapat pendidikan tinggi di Perguruan Tinggi di Ainu Syam (Heliopolis).
#bersambung
#MAMR
SIRI PARA ANBIYA: "NABI MUSA BIN IMRAN (SIRI 4) Setelah para dukun dan bomoh diraja tidak dapat mengubati penyakit puterinya itu, Firaun pun memanggil tukang tilik diraja agar memberitahunya...
www.facebook.com