BTC USD 80,888.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nabi Muhammad s.a.w.

Mari berselawat byk2 setiap hari.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 
1000359813.jpg
 
hari-hari akhir kewafatan Rasulullah
 
1000453037.jpg


⭐️ HADIS HARI INI ⭐

SIAPAKAH YANG PALING BAHAGIA DENGAN SYAFAAT NABI?

Dari Abu Hurairah ra, bahawa dia berkata: ditanyakan (kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafaatmu pada hari kiamat?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku telah menduga wahai Abu Hurairah, bahawa tidak ada orang yang mendahuluimu dalam bertanya tentang masalah ini, kerana aku melihat betapa teliti dirimu terhadap hadis. Orang yang paling berbahagia dengan syafaatku pada hari kiamat adalah orang yang mengucapkan Laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari hatinya atau jiwanya".


Hadis Riwayat Bukhari

#UmmahFadhilah
#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
 
1000493122.jpg


Rasulullah SAW Menyempurnakan Akhlak Manusia

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat al-Baihaqi, Ahmad, al-Hakim)

Baginda SAW adalah contoh terbaik dalam segala aspek kehidupan iaitu bersifat berlemah lembut, penuh kasih sayang, dan sentiasa berbuat kebaikan.

Mari kita semua meneladani sifat-sifat baginda SAW dalam kehidupan harian kita. Jadikan akhlak mulia sebagai asas dalam berinteraksi sesama manusia. Inilah langkah kita menuju kehidupan yang lebih baik dan masyarakat yang lebih harmoni.

Ayuh, sama-sama kita ikuti jejak Rasulullah SAW.

#AkhlakMulia #RasulullahSAW #SuriTeladan #MencontohiRasul #MalaysianMadani
 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 
Back
Top
Log in Register