BTC USD 80,535.0 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

N11DUN Permatang Pasir : PAS Menang

strategi kat MU tak menjadi lak kat permatang pasir eh.....

asyik nak kelentong jer mana leh tahan.....

sebelum undi aritu berapi-api TPM mayidin kata boleh menang....
 
adakah teori RAHMAN yg diucapkan oleh ayah paklah akan menjadi kenyataan,,,,,,
wow mmg hebat prediction ni
 
hoh..takat menang undi pos saja..musti itu adalah pengundi hantu umNO..wakakaka..
 
7-0 dah kat semenanjung...

kalau tak sedar lagi tak tau la nak cakap apa....
 
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) telah mencuba yang terbaik pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir tetapi ada faktor tertentu yang menyebabkan kekalahan itu.

Najib berkata beliau tahu faktor yang menyebabkan kekalahan itu tetapi enggan mendedahkannya.

Beliau berkata BN akan mengkaji kesilapan itu supaya pada masa akan datang parti dapat melakukan yang lebih baik.

"Kita mesti lihat apa faktor yang boleh diperbaiki oleh parti kita," katanya ketika diminta mengulas kekalahan BN dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Pulau Pinang hari Selasa.

Perdana Menteri juga enggan mengulas apakah kesilapan yang telah dilakukan BN pada pilihan raya berkenaan.

Keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir menyaksikan calon PAS Mohd Salleh Man, 52, memenangi kerusi itu dengan majoriti 4,551 undi.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu memperoleh 9,618 undi mengalahkan calon BN Rohaizat Othman, 38, yang mendapat 5,067 undi.

Mengenai majoriti undi, Najib berkata daripada satu segi BN telah dapat menurunkan majoriti kemenangan parti lawan.

Pada pilihan raya umum 2008, calon PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mengalahkan calon BN Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi setelah memperoleh 11,004 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Mohd Hamdan yang merupakan penyandang kerusi berkenaan, pada 31 Julai lepas kerana serangan jantung.

-- BERNAMA

Dah 8 kali kaji kekalahan dalam PRK tak jumpo2 lai sobab eh......konolah siNajib & the gang 'harakiri'.............
 
wahai abg_x



huhuhu...
ini apa punya teori & calculation daa ?
undi merosot ? yer ke bro ? :-? :D
kekurangan majoriti seiring dgn penurunan mereka yg keluar mengundi...

mungkin bab jual alat2 lucas ko mmg pandai mengira bro...
bab kira undi kau fail... meh aku ajar ko camne nak kira undi...

2008
PAS - 11,004
BN - 5,571

Jumlah Undi : 16,575

PRK 2009
PAS - 9,618
BN - 5,057

Jumlah Undi : 14,675

Berapa jumlah Undi Menurun ? = 1,900
Peratusan Mengundi Mac 2008 = 82.6%
Peratusan Mengundi PRK 2009 = 73.1

kenapa Jumlah Mengundi merosot ?

sebab SPR bang-ang yg duk jadi 'bahan' UMN/BN ni buat
hari mengundi hari Selasa & bulan puasa lak tu.

Member aku 2 org pengundi berdaftar kawasan tu x dpt balik
sebab bekerja... sah2 mmg pengundi PR/PAS :D

Kedua, ini PILIHANRAYA KECIL... diulang... PILIHANRAYA KECIL !!!
Dapat majoriti 4,551 pun dah cukup hebat... !!! Ini bukan pilihanraya umum... Hai bro, x biasa dgn pilihanraya ke ?
Oh lupa, rg UMNO ni biasa dgn Pilihan Lompat Katak jer... :eek:

jgn marah eh ?

Anwar x senang duduk ?
bro, mlm semalam ayah aku call DS Anwar... cukup ceria
ckup bangga dgn kemenangan bergaya ni... aku dengar suara
DS Anwar cukup jelas dr henpon loudspeaker hp ayah aku...

yang aku tau, Yiden & Najib jer x senang duduk ... termasuk balaci2nya... huhuhuhu

Kelentong Sana Kelentong Sini ?
Sape yg duk kelentong ? BN yg duk kelentong rakyat... anak EMAS konon... semalam ayah aku dpt call, pkl 5 petang semua bilik gerakan BN dh kosong... ramai2 dah balik umah masing2... mana EMAS utk pengundi Permatang Pasir ?

Kelentong ? Sape yg duk kelentong duit koperasi pekebun getah ?
Sape yang duk kelentong bini pertama ? bkn org UMNO/BN ? :eek:

Akhir skali, dgn abg_x pun kena kelentong dgn BN/UMNO...
dan yang pasti, pengundi2 Permatang Pasir x mudah DIKELENTONG...

Takziah buat Abg_X

:eek::eek::eek:

peace !

Adusssssssss...macam kena libas ngan ekoq pari :eek::eek::eek:
 
piliharaya kecil kalau BN kalah mmg la teramat peliknya.
tp sekarang dah tak pelik lagi.
mmg tahap benci kat BN ni masih lg tebal.

kalau nak guna alasan berjaya mengurangkan majoriti PAS amatlah kelakar sekali.
majoriti PAS mmg turun, tp majoriti BN naik ke? berapa byk naik?

BN ni mmg dah hilang tarikan.
dulu ada pemimpin2 yg ada aura.
even Paklah sekalipun kalau dia turun padang org masih hormat.
sebab dia ni rilex je & ala2 alim sket la. hehe

tp pemimpin Umno sekarang siapa?
Najib? mana ada aura,org tak tau pun apa jasa dia,
tiba2 je naik jd PM. hehe.
org hanya igt kat ayah dia je. itu pun orrg kat Pahang la,
negeri lain org peduli apa.

bila dah hilang pemimpin2 berkarisma,
tak hairan la, PRU13 nnt BN akan tumbang.
 
kekalahan kali ini akan menambahkan lg luka dlaman umnoi...
bila dah terluka... umnoi akan bercakaran sesama sendiri menyalahkan antara satu sama lain....
 
Back
Top
Log in Register