BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Musyawarah Nasional Perlu Jadi Makmal Pemikir Bangsa Tangani Keresahan Melayu - Ahmad Zahid

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
63141b248ebe9222af807a43727ec968669a531a0cbde

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Musyawarah Nasional perlu dijadikan sebagai ‘Makmal Pemikir Bangsa’, iaitu ruang untuk menguji fakta, memisahkan persepsi daripada realiti serta merumuskan tindakan berhubung keresahan orang Melayu ketika ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga pengasas Musyawarah Nasional berkata platform itu bukan sekadar medan membawa keluhan sebaliknya menghimpunkan akal, data, pengalaman dan keberanian untuk mencari penawar kepada ‘penyakit’ bangsa.

Beliau berkata negara telah melalui fasa peralihan besar sejak 2018 yang menguji daya tahan rakyat susulan perubahan politik, tekanan ekonomi pasca-COVID-19, ketidaktentuan geopolitik, konflik dunia serta ledakan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) dan automasi yang mengubah cara manusia berfikir, berinteraksi dan membina masa depan.

“Dalam suasana inilah keresahan Melayu terbentuk. Ia tidak muncul secara tiba-tiba, tetapi terkumpul sedikit demi sedikit melalui tekanan yang berpanjangan. Hari ini, keresahan itu bukan lagi sekadar persepsi. Ia menyentuh emosi, maruah, keyakinan dan persoalan besar tentang kedudukan bangsa kita di tanah air sendiri.

“Namun, apabila kita berbicara tentang keresahan Melayu, jangan sesekali disalahertikan sebagai penolakan terhadap perpaduan. Ini bukan soal perkauman. Ini soal tanggungjawab terhadap bangsa teras yang menjadi satu daripada tunjang kestabilan, keharmonian dan kemakmuran negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Musyawarah Nasional bertemakan ‘Keresahan Bangsa Melayu: Apakah Penyelesaiannya’, di sini hari ini.

 
Back
Top
Log in Register