BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Musim Kering: 119 Lori Tangki Air Digerakkan Ke Seluruh Sarawak Â

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Musim Kering: 119 Lori Tangki Air Digerakkan Ke Seluruh Sarawak Â​

dabb6cd0dfbf08f3d1c68b91484413ea5e305e1a3dc42


Sebanyak 119 tangki air telah digerakkan di seluruh Sarawak bagi mengurangkan kesan musim kering berpanjangan yang sedang melanda akibat fenomena El Nino, yang dijangka berterusan hingga April 2027.

Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bantuan merentas bahagian serta lori tangki air tambahan daripada agensi lain sedang diselaraskan bagi mengoptimumkan penempatan tangki di kawasan terjejas, khususnya kawasan di bawah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) yang bergantung kepada sungai-sungai kecil.

“Pusat pengumpulan air berpusat turut dikenal pasti di beberapa lokasi yang berpotensi terjejas di seluruh Sarawak. Setakat ini, sembilan pusat telah diwujudkan di Sri Aman, manakala 13 lagi lokasi di Betong.

“JBALB akan terus menilai keadaan di lapangan dan mewujudkan pusat tambahan jika perlu,” menurut kenyataan itu.

Menurut MUT, meskipun paras airmentah di beberapa sumber semakin menurun, empangan bekalan air utama, iaitu Bengoh, Gerugu, Assyakirin dan Sika kini masih merekodkan paras air normal.

Sementara itu, masyarakat disaran mengamalkan penggunaan air secara berhemat dan melaporkan sebarang masalah bekalan melalui pemimpin setempat atau pusat panggilan agensi menerusi talian 082-262111 (JBALB) dan 082-222333 (Sarawak Water).

.

 
Back
Top
Log in Register