BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Musim cuti, jambatan gantung pun sesak teruk

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
geli-sesak.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan kesesakan di atas sebuah jambatan gantung sempena cuti umum Tahun Baharu kelmarin. - TikTok

JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan situasi sebuah jambatan gantung di Sukabumi, wilayah Jawa Barat yang dibanjiri puluhan pengunjung sehingga menyebabkan kesesakan, lapor portal berita iNews.

Kejadian berlaku di Jambatan Gantung Situ Gunung pada cuti umum Tahun Baharu 2026.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @ajriyan17 menunjukkan sejumlah pengunjung berkumpul di atas jambatan sambil bergerak secara perlahan.

Ada antara mereka dilihat memakai baju hujan ekoran cuaca yang tidak menentu.

“Setelah selesai merakam gambar, teruskan berjalan meskipun perlahan,” kata seorang petugas di dalam video itu.

Rakaman itu mencatatkan lebih 2.5 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Kalau tali jambatan putus kita mahu salahkan siapa?” kata seorang netizen.

“Kenapa masih ramai orang mahu bercuti di tempat sesak seperti ini?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register