BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Murid putus kaki dalam kemalangan

ikut cerita org kmpung, lebih kurg x jauh sblm depa eksiden, JPJ sedang tahan lori. kereta wira tu perlahan sebb tgk jpj.
motor tu tgk kete wira slow, dia cuba potong dan x nmpk vios dr depan, terus kena langgar...
subhanallah
 
JPJ takde kena mengena.

mengikut laporan polis, Vios tu potong keta lain masuk line motor mangsa dan langgar.

xtau la nk ckp ada kena mengena ke x.
sebb masa tu memang ada lori d tahan oleh jpj, x jauh dr lokasi kemalangan.
 
tapi kadang mmg ada org yg fobia mcm tu... x boleh nampak polis atau JPJ buat roadblock ... mesti kalo boleh xnak tempuh..
sy pnh sembang ngan anggota trafik sendiri ... mmg selalu mcm tu .... kadang semua cukup, xde salah apa pun ...
tp nampak polis je tanpa toleh kiri kanan terus uturn ... sampai ada kes kn balas dgn kereta jd arwah .. semata2 fobia nampak roadblock ...

takziah ...
Alhamdulillah tkt ni dh 2-3 roadblock polis keto iswara den lepas walaupun rodtax dh mati Bulan April lepas. Banyak baco doa time nmpk roadblock dan senyum angkat tgn dgn konfiden kek polis tu. Dah2 Jalan2 Kato dio

Ekekeke
 
Alhamdulillah tkt ni dh 2-3 roadblock polis keto iswara den lepas walaupun rodtax dh mati Bulan April lepas. Banyak baco doa time nmpk roadblock dan senyum angkat tgn dgn konfiden kek polis tu. Dah2 Jalan2 Kato dio

Ekekeke
jangan accident sudah lah jang. menangis nanti.
 
Murid putus kaki dibedah esok
put_1572172438.jpg













MURID tahun enam yang putus kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan dekat Kampung Tok Dor, Ajil di Kuala Berang pada 21 Oktober lalu bakal menjalani pembedahan esok.

Muhammad Zulhaikal Muhamed, 12, dijadualkan menjalani pembedahan itu bagi menampal kulit di bahagian jahitan anggota fizikalnya yang putus.

Kakaknya, Nur Nabilah, 17, berkata, Zulhaikal sehingga kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Kami (ahli keluarga) dimaklumkan Zulhaikal perlu menjalani pembedahan itu dan mungkin juga perutnya akan ditebuk berikutan saluran najisnya sukar berfungsi dengan baik kerana terlalu dekat dengan jahitan.

“Bagaimanapun, perkara terbabit akan diputuskan kembali oleh doktor pakar selepas ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, Zulhaikal masih tidak bertanya mengenai kakinya yang putus itu.

“Dia seolah-olah sudah tahu tetapi tidak bertanya langsung kepada kami mengenai kakinya.

“Saya tahu adik seorang yang kuat semangat untuk hadapi ujian ini,” katanya.

Dalam kejadian itu, Zulhaikal yang membonceng motosikal ditunggang bapa saudaranya, Samri Said, 52, terbabit dalam kemalangan pada 7.30 malam.

Kejadian itu juga menyebabkan Samri hilang kaki kanan apabila gagal disambung selepas tulangnya hancur.








sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/511216/murid-putus-kaki-dibedah-esok
 
Back
Top
Log in Register